in

“Walaupun kes baru berkurang lepas PKP dilaksanakan tapi kes Covid-19 di ICU meningkat” – Dr Noor Hisham

Ft Katilicu 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak PKP 3.0 dilaksanakan, kes baru harian menunjukkan trend penurunan namun begitu Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebaliknya terus meningkat.


Menurut MalaysiaGazette, sehingga semalam sebanyak 924 kes dirawat di ICU direkodkan dan peningkatan ini dilihat bermula sejak 24 April lalu sehingga kini.

KKM ingin memaklumkan bahawa tren kemasukan kes-kes Covid-19 ke ICU telah menunjukkan peningkatan bermula sejak dari Minggu Epidemiologi (ME) ke17 (25 April 2021 hingga 1 Mei 2021) hingga ME ke-21 (23 Mei 2021 hingga 29 Mei 2021).”

Tren yang sama dilihat berterusan terutama bagi tempoh dua (2) minggu seterusnya sehingga ME ke-23 (6 Jun 2021 hingga 12 Jun 2021) di mana jumlah pengunaan katil ICU telah melebihi 100 peratus.”

Kes1

Beliau turut menyuarakan kebimbangan apabila kapasiti wad ICU kini melebihi 100 peratus serta menjelaskan bahawa peningkatan itu berlaku disebabkan kemunculan varian-varian baru yang mengakibatkan kes-kes dikesan dengan gejala serius (kategori 4 dan 5) pada kadar yang lebih cepat.

Penggunaan kapasiti ICU yang melebihi 100 peratus ini amat membimbangkan di mana tidak semua pesakit yang memerlukan rawatan kritikal dapat ditempatkan di ICU.”

Selain itu, penggunaan katil yang melebihi kapasiti ini juga disebabkan oleh keperluan tempoh pemulihan yang lama bagi pesakit-pesakit ICU untuk sembuh disebabkan komplikasi jangkitan Covid-19 yang serius.”

Icu1

Justeru, Kementerian Kesihatan (KKM) dilaporkan mengambil beberapa langkah untuk berhadapan dengan situasi ini iaitu:

  • Menambah kapasiti katil
  • Menaik taraf kegunaan katil (repurpose bed)
  • Bekerjasama dengan hospital pengajar Kementerian Pengajian Tinggi
  • Bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam penubuhan Hospital Medan
  • Bekerjasama dengan 112 hospital swasta

Baca: “Duduk rumah dan patuhi SOP” – DG Hisham Luah Kerisauan Mengenai Situasi ICU Di Hospital

2Dg

Sumber: Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.