Selepas 21 Tahun Dihentikan, Operasi Bas Mini Kini ‘Dihidupkan’ Semula Di Ibu Kota

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Siapa pernah merasa pengalaman naik bas mini?

Dah la panas tak ber-aircond, terpaksa bersesak-sesak pulak tu sambil dengar abang tiket jerit “haa masuk belakang lagi, masuk lagiii!” Haihh, memang nostalgik sungguh!

Kalau kat Kuala Lumpur dulu memang inilah dia pengangkutan yang kita selalu naik, lalu kat mana pun akan nampak bas berwarna pink ni — sebelum ia digantikan dengan Intrakota dan Bas RapidKL yang kita tengok sekarang ni.

Bermula hari ini, perkhidmatan bas awam tertua di negara itu ‘dihidupkan’ semula setelah 21 tahun ia dihentikan pada Julai 1998.

Tapi, kita tak dapatlah tengok bas berwarna merah jambu tu dah — kerana ia kembali dengan wajah baru yang lebih moden dan segar serta lebih mesra pengguna.

Inilah ghopenye bas mini tu korang!

Hari ini bermulalah operasi percubaan pertama perkhidmatan bas tersebut dari hab Bukit indah ke Ampang Point.

Jangan khuatir, kerana sistem bayaran tambangnya bukanlah macam dulu kala — tapi ia mengekalkan sistem pembayaran elektronik sama seperti bas Rapid lain dan ia mempunyai dua kategori iaitu berkapasiti 27 dan 31 tempat duduk penumpang.

Menurut Awani, tempoh percubaan ‘bas mini’ bermula dari 1 September hingga 29 November ini di Route T300 dari hab Bukit Indah ke Ampang Point, menerusi Jalan Rasmi dengan menggunakan bas mini baharu bersaiz lapan meter panjang.

Bas tersebut dijangka beroperasi dengan kekerapan 15 minit (waktu puncak) dan 25 minit (luar waktu puncak) dari 5:30 pagi hingga 11:40 malam.

 

Baca: “Mabuk ni, mabuk ni!” – Netizen Rakam Driver Bas Bawa Merbahaya, Memotong Ikut Suka Hati

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nab Talib

Seorang yang selalu berangan untuk bekerja di Dunder Mifflin Paper Company, dan penggemar berat Morrissey.