Rasanya setiap kali musim perayaan berlangsung, pasti ada kemalangan buruk yang berlaku melibatkan nyawa tidak bersalah terkorban. Puncanya pasti dari kecuaian pemandu dan mereka yang ingkar patuhi keselamatan jalan raya.
Baru-baru ni, viral di Twitter rakaman netizen yang menunjukkan sebuah bas berwarna hijau memandu dalam keadaan bahaya di atas lebuhraya. Scaryyy la min tengok dia ke sana ke sini macam tu!
“Dah la besar, ko melibas macam lembu tak abis kena sembelih”
Menerusi video tersebut, bas berwarna hijau ini dilihat memotong ke kiri dan ke kanan secara mengejut serta dalam keadaan bahaya. Lebih mengerikan lagi, ia nampak terhuyung-hayang selepas beberapa kali memotong tanpa sebab. Haish dah gila ke apa driver bas ni?
Ok ini scary. Dah la besar, ko melibas macam lembu tak abis kena sembelih. Kalau ko terbalik, hempap kereta lain, maka bertambahlah korban jalan raya. Astaghfirullah….
Tolong twt pihak berwajib.
RT untuk sokong stop pembuli jalan raya pic.twitter.com/qLFDqtIaBD
— Amar Aziz 🇲🇾🇵🇸🇦🇺 (@amaraziz09) August 12, 2019
“Apa masalah driver bas ni… kalau aku jadi penumpang tu dah mengucap dah”
Rata-rata netizen yang melihat video tersebut memang rasa ngeri, siap ada yang membayangkan apalah nasib penumpang dalam bas tu. Yelah kalau dah bawa laju dan tak stabil macam tu, siapa yang tak takut kan?
“Dalam kes ni ada 2 orang yang kena sabar. Driver bas dan ayah perakam video ni”
Dalam stress melihat tindakan gila driver bas tersebut, netizen sebenarnya geli hati pulak tengok gelagat ayah si perakam yang jadi comentator video ni. Gelabahnya bukan main tapi bagus jugaklah sebab dia utamakan keselamatan.
Apa-apapun diharapkan kes ini tak berulang lagi dan mereka yang melihat kejadian ni cepat-cepatlah laporkan kepada pihak berwajib.