Bagi penggemar rancangan realiti Korea, mesti korang tahu kan rancangan Running Man. Masuk tahun ni, dah 11 tahun rancangan itu bersiaran di kaca TV. Kejappp je 11 tahun dah.
Program tersebut dibintangi oleh beberapa selebriti popular Korea Selatan seperti Yoo Jae Suk, Kim Jong Kook, Song Ji Hyo dan ramai lagi.
Namun, nama Lee Kwang Soo mesti jadi perhatian dan sebutan setiap penonton. Mana tidaknya dengan perangai suka mengkhianat ahli lain, dan telatahnya yang kadang-kadang tak dijangka ramai itu selalu buat orang ketawa.
Lee Kwang Soo tarik diri
Walau bagaimanapun, berita mengejutkan buat peminat Running Man apabila aktor tersebut mengambil keputusan untuk mengundur diri dari rancangan tersebut selepas 11 tahun bersama.
Perkara itu telah disahkan oleh agensi pelakon tersebut selepas menitik beratkan tahap kesihatannya. Dia yang terlibat kemalangan jalan raya pada bulan Ferbruari 2020, dikatakan masih belum pulih sepenuhnya.
Dia juga dikhabarkan menerima rawatan fizikal untuk merawat kecederaan yang dialami malah, ‘Si Zirafah’ itu juga memberitahu bahawa dia susah untuk pastikan dirinya cukup sihat sewaktu penggambaran Running Man
Pernah nak keluar sebelum ni.. tapi
Pelawak yang diberi jolokan Prince of Asia itu juga sebelum ini pernah menyuarakan niatnya untuk berundur dari rancangan tersebut.
Namun, hasrat itu terbatal apabila rakannya dalam rancangan tersebut Kim Jong Kook, memberi nasihat dan memujuk dia untuk kekal bersama.
Sebagai tambahan, penggambaran terakhir Kwang Soo untuk rancangan Running Man adalah pada 24 Mei nanti.
Lepasni tak ada lah orang nak buat lawak bodoh lagi. Andwaeeeeeeeeeeeeeee!!!!
Sumber : Allkpop
Baca : Sakit Perut Gelak! Ini 10 Episod Running Man Paling Pecah Yang Anda Wajib Tonton