in

Sekatan Rentas Negeri Perlu Dikekalkan Hingga Mei- Pakar Kesihatan

Fi Sekatan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terus kuatkuasakan sekatan rentas negeri jika mahu kurangkan jangkitan COVID-19 hingga berada di bawah paras 500 kes.


Itulah pandangan daripada pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam, Dr Hanafiah Bashirun. Katanya, kita perlu mengambil iktibar dengan apa yang terjadi sejak kebenaran rentas negeri diberikan pada Disember tahun lalu dan penularan gelombang ketiga susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah.

Pakar

Ujarnya, bagi menghalang penularan kes dari Selangor dan Kuala Lumpur, sekatan rentas negeri wajar terus dilaksanakan hinggalah pandemik COVID-19 menunjukkan penyusutan ketara serta stabil.

“Kalau nak kurang daripada 500 kes pun, saya percaya kita mampu capai tetapi ada syarat yang perlu dipenuhi iaitu kekalkan sekatan rentas negeri.

“Keutamaan kita sekarang ialah untuk melindungi negeri hijau, justeru penduduk di Kuala Lumpur dan Selangor perlu dihalang daripada melakukan perjalanan rentas negeri.

“Kes positif harian di Selangor dan Kuala Lumpur masih tinggi dan jika kita benarkan rentas negeri, ia bakal mengundang penularan jangkitan serta merencatkan usaha kawalan kesihatan awam.

“Justeru, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor dan Kuala Lumpur yang dijadualkan tamat pada 18 Mac ini wajar dilanjutkan manakala sekatan rentas negeri dikekalkan sehingga Mei,” katanya kepada Berita Harian.

Kesihatan

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, dijangkakan penyusutan kadar jangkitan COVID-19 akan menjadi 500 kes menjelang Mei ini, itu pun jika pematuhan SOP yang ketat dilakukan oleh rakyat.

Unjuran itu dibuat bersandarkan kepada pola penurunan nilai kebolehjangkitan (Rt) atau R-naught (RO), iaitu 0.87 kelmarin berbanding 0.9 pada 28 Februari lalu.

Menurut Dr Hanafiah lagi, pindaan kadar kompaun yang mencecah nilai maksimum RM10,000 berbanding RM1,000 sebelum ini mampu membuatkan rakyat sentiasa mematuhi SOP.

Jika dilihat pada pelbagai dasar kesihatan awam, beliau menaruh keyakinan terhadap kesan pematuhan SOP, sekatan rentas negeri, serta Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dijalankan boleh melandaikan lengkuk penularan jangkitan pandemik ini.

“Kalau diteruskan momentum ini, penghujung Mei insya-Allah kita dapat turunkan kes jangkitan harian kepada dua angka dan beberapa kawasan dan negeri lagi bertukar menjadi zon hijau.

“Menerusi prestasi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan kadar jangkitan dua angka, penghujung Mei mungkin kita boleh tarik balik sekatan rentas negeri.

“Ia lebih selamat kerana dengan pengurangan kes sporadik dan Rt dalam kalangan masyarakat, risiko untuk seseorang mendapat jangkitan ialah sangat rendah.

“Berbekalkan keberkesanan vaksin dan pematuhan SOP, kita mampu putuskan rantaian jangkitan, tetapi ia memerlukan kerjasama serta pengorbanan yang bersifat sementara daripada pelbagai pihak,” katanya.

 

Baca : Sekatan Rentas Negeri Mungkin Ditamatkan Pertengahan Mei Iaitu Sebelum Aidilfitri ; Pakar Epidemiologi UPM

Foot Sekatan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.