in

Sekatan Rentas Negeri Mungkin Ditamatkan Pertengahan Mei Iaitu Sebelum Aidilfitri – Pakar Epidemiologi UPM

Head Rentas N

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kita semua tahu kerajaan dah umumkan yang kita dah boleh untuk merentas daerah kecuali di Sabah, namun ramai yang kecewa sebab kita masih belum boleh untuk rentas negeri. Sebenarnya ramai yang risau kalau kita masih tak boleh balik kampung sebelum Aidilfitri.


Betul tak?

Baru

Pakar epidemiologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman, ada menyuarakan pandangannya yang sekatan rentas negeri dijangka akan ditarik balik selepas empat minggu suntikan vaksin fasa kedua dibuat.

“Pasti ramai tertanya-tanya dan tidak dinafikan bersedih kerana sekatan rentas negeri masih berkuat kuasa, tetapi ini demi kebaikan semua.

“Rakyat Malaysia terkenal dengan keramahan mereka, justeru dikhuatiri jika sekatan rentas negeri ditarik balik sekarang, ia mampu mengundang kesan seperti bebaskan tekanan daripada ‘lingkaran spring’.

“Sebaik tiba di kampung masing-masing, sudah pasti berpelukan dan bermesra tanpa sebarang penjarakan fizikal atau langkah berjaga-jaga, termasuk membabitkan golongan berisiko.

“Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga, kadar kebolehjangkitan dalam kalangan masyarakat perlu diturunkan ke paras selamat, sebelum sekatan rentas negeri ditarik balik.”

Katanya lagi perkara ni dilihat kepada unjuran sekatan kuat kuasa sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa sejak 13 Januari lalu dan berkemungkinan tamat menjelang pertengahan Mei iaitu sebelum Aidilfitri.

Katanya PKP 2.0 ini membuahkan hasil apabila kadar jangkitan COVID-19 mula berkurang daripada 50,000 kes ke paras bawah daripada 25,000 kes ketika ini.

Menurutnya juga program imunisasi yang dilaksanakan kini dijangka mampu mencatatkan penyusutan kadar jangkitan COVID-19 selepas 100 hari dilaksanakan, lapor Berita Harian.

“Keputusan untuk menarik balik rentas daerah ini sudah dijangka kerana kes harian mencatatkan penurunan dan kita mula melaksanakan imunisasi kebangsaan.

Cuma, rentas negeri masih berkuat kuasa kerana ada beberapa negeri yang merekodkan Zon Merah dan mempunyai kluster penularan COVID-19, justeru ia harus dibendung dulu.”

Malah Prof Madya Dr Malina berkata, wajar untuk kebenaran merentas negeri ini diberi secara perlahan-lahan.

Baca : Puk*mak – [VIDEO] Lelaki Nak Rentas Negeri Mengamuk Maki Polis Dekat Roadblock Lepas Minta Surat Kebenaran

Ft Maki

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.