in

“Sekarang ni ada kekosongan jawatan (PM) dan terbuka utk permohonan”- Anwar Ibrahim

Ft Anwar Ibrahim Mengahdap Agong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan dari isu parlimen tergantung kerana tidak mencapai majoriti, hari ini, kedua-dua ketua parti dari Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dari Perikatan Nasional (PN) telah menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara jam 4.30 petang tadi.


Bagaimanapun sebentar tadi, dilihat TS Muhyiddin keluar dari istana jam 5.10 petang tanpa sebarang penjelasan kepada pihak media.

Bagaimanapun menerusi sidang media hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa masih belum ada keputusan lagi siapa yang akan menyandang jawatan dan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri ke-10.

Tambah beliau, selepas keluar dari Istana Negara tadi, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah inginkan kerajaan yang kuat dan inklusif yang membolehkan kerajaan memberi tumpuan kepada rakyat dan memulihkan ekonomi.

 

Baca : [TERKINI] Agong Titah Anwar Ibrahim & Muhyiddin Yassin Menghadap di Istana Negara Pukul 4.30 Petang

Agong Umum Pn Ph

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.