in

[TERKINI] Agong Titah Anwar Ibrahim & Muhyiddin Yassin Menghadap di Istana Negara Pukul 4.30 Petang

Agong Umum Pn Ph

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terbaru dari Istana Negara, pihak mereka telah menerima kenyataan berkenaan gabungan parti-parti politik selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi pembentukan kerajaan baru daripada ketua parti-parti dan ketua gabungan yang mempunyai jumlah kerusi Parlimen yang banyak susulan daripada keputusan PRU15.


Menerusi laman Facebook rasmi Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitah perkenan untuk ketua gabungan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional menghadap tepat jam 4.30 petang ini.

22 NOVEMBER 2022 – KENYATAAN MEDIA ISTANA NEGARA

Posted by Istana Negara on Monday, November 21, 2022

Dalam kenyataan tersebut, difahamkan Tan Sri Muhyiddin Yasin mewakili Perikatan Nasional dan Dato Seri Anwar Ibrahim mewakili Pakatan Harapan untuk memberi pencalonan Perdana Menteri ke-10.

Proses ini bertujuan supaya YDPA dapat membuat keputusan bagi melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang mungkin mendapat majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan.

Berita lanjut menyusul.

Baca: [TERKINI] BN Kekal Sebagai Pembangkang, Tak Sokong PH & PN

Bn Tak Sokong Ph Pn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.