in

“Bye Mateen!” – Netizen Kini ‘Obses’ Dengan Kekacakan Tengku Fahd, Adinda Sultan Pahang Tengku Abdullah

Fahd Hensem

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau dulu, sebut saja nama Prince Mateen pasti ramai gadis kat luar sana yang cair dan ‘pecah ovari’ sebab teruja dengan kekacakan putera dari Brunei Darussalam itu.


Tapi sekarang, move away Mateen! Kerana Malaysia rupanya ada putera yang lebih kacak iaitu Tengku Fahd Muadzam Shah ibni Sultan Ahmad Shah. Wah baru admin tahu kewujudannya!

 

Sedar kewujudan Tengku Fahd lepas Tengku Abdullah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang

Menerusi tweet yang viral baru-baru ni, seorang netizen mengakui yang dia baru tahu kewujudan putera kacak ini lepas Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ditabalkan sebagai Sultan Pahang ke-6 pada hari ini.

Fahd 1

Dwtnh0Wucaadyp9
sumber: twitter

Pa-hunk? Ada-ada je ayat baru dari netizen ni eh! 

Bagi yang masih blur-blur siapa Tengku Fahd ni, beliau merupakan adinda kepada baginda Tengku Abdullah serta anak sulung kepada Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Kalsom Abdullah.

Tengku Fahd mula menarik perhatian ramai lepas membuat kemunculan pada sidang media khas di Istana Abu Bakar, Sabtu lalu.

Tengkufahdberbukapuasabersamarakyat22
sumber: mstar

 

“Terkena panahan cinta Tengku Fahd pulak” 

Hingga setakat ini, posting tersebut telah mendapat 700 retweet dan 1,000 likes di Twitter. Rata-rata netizen memuji ketampanan putera tersebut sehingga ada yang terkejut kenapa baru sekarang mereka mengenali Tengku Fahd. Kat mana putera ni ‘menyorok’ sebelum ni? Alahai sisturrr! 

Fahdddd
sumber: twitter

 

Adinda bongsu yang cintakan alam sekitar dan aktiviti kebajikan

Alang-alang tengah trending pasal Tengku Fahd, admin ada ‘research’ sikit tentang latar belakang putera bongsu Sultan Ahmad ni. Rupa-rupanya beliau bukan saja kacak pada rupa parasnya tapi Tengku Fahd juga mempunyai hati yang mulia.

Menurut Asia Tatler, Tengku Fahd yang kini berusia 25 tahun amat mencintai alam sekitar dan sering meluangkan masa kosongnya dengan aktiviti kebajikan di Pahang. Beliau juga merupakan pengerusi kepada ‘Sultan Ahmad Shah Environment Foundation’ tau.

Fahd 11
sumber: mstar
Dwueasiuwas 3Rw
sumber: twitter

Menurut Wikipedia, Tengku Fahd baru saja menamatkan pengajiannya di Universiti Princeton, US. Bagi yang tengah cari laman Instagram putera kacak ni, well korang mungkin akan kecewa kerana sumber dari netizen mengatakan Instagram Tengku Fahd ni private. Mungkin boleh request jadi followers? Hiks!

Hqdefault
sumber: youtube

Apa-apapun admin doakan semoga Tengku Fahd terus jadi contoh yang baik buat rakyat di luar sana.

Baca: Cantik, Business Minded dan Suka Travel. Siapa Gadis Cun Ini Di Hati Prince Mateen?

Ani Mateen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.