Semalam, kecoh di kalangan netizen selepas sebuah video lucah seorang lelaki mirip pelakon berbadan sado, Zul Ariffin viral di media sosial.
Lebih menambahkan panas, Instagram rasmi pelakon ni pula tiba-tiba dinyahaktifkan pada malam Selasa lalu, yang menguatkan lagi dakwaan kemungkinan besar Zul memang betul terlibat dalam rakaman video lucah tersebut.
“Sedangkan muka Mark Zuckerberg pun orang boleh deepfake, inikan pula saya”
Tidak mahu pihak media dan netizen terus berteka-teki, Zul Ariffin tampil memberikan penjelasan, lapor Gempak.
Menurutnya, ini bukanlah kali pertama dia terpalit dengan isu tersebut dan mengakui dirinya kini sudah menjadi mangsa ‘deepfake’.
“Sedangkan muka Mark Zuckerberg pun orang boleh ‘deepfake’, inikan pula saya.
“Senang sangat nak cari visual saya untuk buat ‘deepfake’ ni,” katanya.
Tambahnya lagi, dia tak sangka kali ini dia pula yang menjadi mangsa orang yang tak bertanggungjawab.
“Tak sangka kali ini saya pula menjadi mangsa. Ingatkan benda-benda macam ini orang buat kat ahli politik saja,” katanya dalam nada kecewa.
Bagi mereka yang tak tahu apa itu deepfake, ia satu teknologi yang mampu menggantikan wajah individu persis sesiapa saja dalam sebuah klip video. Malah janaan daripada ‘editing’ ni katanya sangat realistik ye!
Apa-apapun harapnya penjelasan ni dapatlah bersihkan nama pelakon sado ni daripada terpalit isu yang sama berkali-kali ye.
Baca: [GAMBAR] Aksi Panas Zul Ariffin & Intan Najuwa Dalam Air Tersebar?