[GAMBAR] Aksi Panas Zul Ariffin & Intan Najuwa Dalam Air Tersebar?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Rasanya sudah berkali-kali Intan Najuwa terlibat dalam kontroversi yang melibatkan gambar mesra bersama hero dalam drama yang dilakonkannya.

Kalau sebelum ni kecoh gambar dia bersama Idris Khan, kali ini muncul pulak gambar baru yang menunjukkan aksi panasnya dengan Zul Ariffin. Ini juga merupakan kali kedua gambar mesra mereka berdua menjadi isu tau!

Sumber: Blog

 

Gambar mesra tersebar di Instagram? 

Menurut satu portal hiburan, gambar ini pada mulanya tersebar menerusi laman Instagram dengan nama funta.my yang menunjukkan pelakon lelaki bertubuh sasa itu sedang mendakap erat Intan dalam keadaan basah lencun di dalam air. 

Gambar terbabit menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen kerana Intan juga merupakan tunangan kepada Azrul Azwar Rusli. Malah pada masa yang sama, Zul sendiri mengakui yang dia sudah mempunyai buah hati dan bakal melangsungkan perkahwinan tak lama lagi.

Sumber: Cari

Memandangkan kedua-dua pelakon ini kini membintangi drama slot Akasia, Setelah Ku Dimiliki, admin mengagak ia merupakan salah satu babak daripada drama tersebut.

Pun begitu, diharapkan kedua-dua pihak dapat memberi penjelasan di sebalik penyebaran gambar tersebut. 

Baca: “Cakap tak kisah…” – Tunang Tak Suka Intan Najuwa Terlampau Mesra Dengan Pelakon Lelaki?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!