in

“Sebijik Kajol!”- [VIDEO] Wanita Duet TikTok Bersama SRK Ini Tarik Perhatian Ramai

Fi Kajol

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang minat filem Hindustan tak? Kalau minat…mesti korang kenal bintang terkenal Bollywood Shah Rukh Khan (SRK) dan Kajol kan?


Jika di Indonesia viral seorang ‘TikToker’ muka iras Shah Rukh Khan, baru-baru ini muncul pula kembar ratu Bollywood, Kajol dari Malaysia!

Seorang wanita asal negeri Kelantan yang dikenali sebagai Mek Niessa ini digelar Kajol Malaysia setelah beberapa video perkongsiannya di laman TikTok mendapat perhatian ramai.

Namun, ada satu video duetnya bersama SRK baru-baru ini telah membuat dirinya semakin tular sampai ramai yang ingat Kajol dah bertudung!

@igkhairunnisanorliyana10

Boleh la untuk hiburkan korang kan…?

♬ suara asli – उठाॊप लवडथ – उठाॊप लवडथ

Video duet berdurasi 24 saat ini telah berjaya meraih 531.3 ribu penonton dan sebanyak 33.4 ribu like! Bukan sahaja duet ini, rupa-rupanya Mek ni memang seorang peminat filem Hindustan! Jadi, banyak lagi video perkongsiannya berbentuk parodi yang menunjukkan rupanya seiras ratu Bollywood itu.

Jika dilihat di ruangan komen pula, ramai terpegun melihat rupa dan gaya Mek Niessa ini yang nampak sangat iras dengan Kajol. Katanya, tanpa make up pun seiras juga. Memang sebijik sangat!

Komen Kajol

Betul lah muka Mek ni seiras betul dengan Kajol…cantik sangat! Gaya pun lebih kurang je… Lepasni manatau ada yang rupa macam Preity Zinta atau Aamir Khan ke…Fuhh! 

Baca: Ingat Lagi Krish Dalam Filem Kabhi Khushi Kabhie Gham? Ini Foto Terkini Yang Buat Ramai Cair

Baca Bollywood

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.