in

Ingat Lagi Krish Dalam Filem Kabhi Khushi Kabhie Gham? Ini Foto Terkini Yang Buat Ramai Cair

Ft Jibraan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti korang ingat movie Kabhi Khushi Kabhie Gham kan? Filem bollywood nostalgia yang masih evergreen sehingga kini.


Min sampai sekarang menangis tengok cerita ini kat Netflix.

Dalam movie tersebut, pasti korang ingat dengan watak Krish kan? Budak lelaki comel yang memegang watak sebagai anak kepada Shah Rukh Khan & Kajol yang suka panggil Kareena Kapoor maasi tu.

 

Jibraan Khan

Namanya adalah Jibraan Khan, dia lahir pada 4 Disember 1993, maknanya umurnya kini sudah 28 tahun, jadi kemungkinan semasa movie KKKG ditayangkan, kemungkinan umur Jibraan pada masa itu dalam lingkungan 8 ke 10 tahun.

Kalau sebelum ini pernah viral gambar watak Anjali, kali ini kita melihat bagaimana rupa Jibraan pula, ia mula mengimbau kenangan netizen apabila viral satu video memeprlihatkan Jibraan lakonkan semula babak dalam KKKG berlatar belakangkan dirinya dalam movie tersebut.

Perkongsian terbarunya dari Instagram itu tular hingga ke TikTok dan membuatkan ramai netizen tergamam apabila melihat ketampanan dirinya.

@bollywoodcorner

He is P.H.A.T. & the hoodiee ? #jibraankhan #bollywood #k3g #browntiktok #ukbollywoodtiktok #srk

♬ Originalton – BollywoodCorner

Jibraan adalah anak kepada pelakon legend  Arjun Feroz Khan, menurut Bollywood Life, Jibraan kini bekerja sebagai Penolong Ketua Pengarah untuk filem.

Arjun Firoz Khan

Difahamkan Jibraan ini dog lover, di Instagram sebelum ini, dia kerap kongsikan gambar dia bermain dengan anjing peliharaan di media sosial. Malah, Jibraan ini juga seorang fitness freak, banyak juga perkongsiannya menunjukkan dirinya yang seorang into fitness.

Jibraan Jibraan 2 Jibraan 3 Jibraan 4 Jibraan 5

Jibraan juga mempunyai 2 orang adik-beradik perempuan yang bernama Farah Khan Bari dan Sanah Khan, beragama islam dan difahamkan dia ni dah berpunya.

 

Baca : Percaya Atau Tak! Ini 4 Bintang Bollywood Yang Pernah Guna Khidmat Ibu Tumpang Untuk Dapat Anak

Page Hindustan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.