in

Screenshot Viral Cuti Am Hari Wilayah Persekutuan Pada 3 Februari Adalah Palsu- JPM

Fi Cuti 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) semalam telah menafikan satu maklumat palsu yang tular di media sosial baru-baru ini berkenaan pengisytiharaan hari kelepasan am Wilayah Persekutuan pada 3 Februari depan.


Melalui posting di laman Facebook semalam, pihak JPM telah menegaskan bahawa screenshot maklumat berkenaan cuti am yang telah banyak tersebar menerusi aplikasi Whatsapp itu adalah tidak benar.

Menurut screenshot itu, pekeliling palsu tersebut telah mendakwa kononnya pada Khamis minggu depan sebagai cuti Hari Wilayah Persekutuan 2022 yang dianjak daripada 1 Februari.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) ingin merujuk kepada tangkap layar yang tular di media sosial khususnya di Whatsapp…

Posted by Jabatan Perdana Menteri on Wednesday, January 26, 2022

Berita palsu yang tular ini berlaku susulan tarikh tersebut secara kebetulan jatuh pada sambutan Tahun Baru Cina yang akan diikuti pada keesokan harinya pada 2 Februari kecuali bagi negeri Kelantan dan Terengganu hanya sehari.

“Orang ramai dinasihatkan tidak menyebar atau berkongsi sebarang maklumat yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” jelas JPM dalam akaun Facebooknya.

Isu ini turut merujuk pertanyaan daripada pelbagai pihak kerana ia menggunakan tajuk Akta Hari Kelepasan 1951 Pemberitahuan Di Bawah Subseksyen 9(2).

Jika diikutkan, Hari Wilayah Persekutuan disambut oleh warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan setiap tahun pada tanggal 1 Februari sejak tahun 1974 lagi dan tema tahun ini ialah Wilayah Maju dan Sejahtera.

Jadi, ingat ya semua, tak pasti jangan kongsi.

Baca: Rakyat Malaysia Dah Boleh Menunaikan Umrah Semula Bermula 8 Februari Ni Menteri Pelancongan 

Baca Cuti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.