Susah betul nak percaya orang sekarang ni…
Baru-baru ni, seorang wanita berusia 22 tahun mendakwa dia telah diragut di belakang sebuah bank di Seberang Jaya, Pulau Pinang lepas dia keluarkan wang tunai sebanyak RM17,300 untuk bayar gaji syarikat tempat dia bekerja.
Menurut Ketua Polis Daerah, Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, wanita ini mengatakan semasa dia otw nak ke keretanya, seorang penunggang motosikal telah menarik beg tangannya dan berlalu pergi.
Suspek mendakwa tidak sempat berbuat apa-apa dan gagal mengecam nombor pendaftaran motosikal suspek.”
Wanita tersebut, Yana memberitahu yang dia mengalami kerugian sebanyak RM17,300 duit majikannya dan beberapa barangan peribadi.
Bukan tu je, rakaman CCTV di kawasan itu pun memang menunjukkan yang seorang penunggang motosikal telah meragut wanita ini.
Namun, lepas disoal siasat, Yana akhirnya mengaku yang dia sebenarnya hanya berlakon dan dia telah mengambil kesempatan atas kepercayaan yang diberikan oleh majikannya.
Dikatakan, insiden ini dirancang oleh teman lelakinya, Akram dan duit tersebut kini ada bersama lelaki tersebut. Akibat dari itu, Yana dan seorang lagi lelaki berusia 19 tahun telah ditahan reman selama empat hari sementara pihak polis memburu Akram dan wang curian.
Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
Haih, agak-agaknya orang kat office dia tu dapat tak gaji bulan ni?