in

“Saya telah insaf” – Akibat Taksub Nak Putih, Wanita Alami Bengkak Hati Kesan Drip Whitening & Ubat Kurus

Bengkak Hati Nak Jadi Putih

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memiliki kulit yang putih dan badan yang langsing menjadi idaman bagi setiap wanita.


Meskipun ramai yang mengesyorkan cara untuk memiliki kedua-dua ini dengan mengambil pemakanan yang sihat dan bersenam, masih ramai juga menggunakan jalan singkat dengan mengambil ubat-ubatan yang tidak dapat dipastikan keselamatannya.

 

“Sayangilah diri anda, jangan terpengaruh macam saya” 

Menerusi perkongsian TikTok seorang wanita bernama @umiehafieza, dia telah menceritakan pengalaman perit yang dialaminya apabila disahkan mengalami penyakit bengkak hati.

Menurut Umie, punca dia mendapat penyakit tersebut ialah kesan daripada pengambilan jamu, ubat kurus dan drip whitening. Allahu… 

@umiehafiezaa

Sedikit pesanan daripada saya yang telah insaf terlalu taksub nak putih ? #fyp #fypindonesia

♬ Denting – Fadhilah Intan ✨

Disebabkan penyakit yang dialaminya, Umie terpaksa berada di hospital selama 4 hari. Malah lebih memeritkan, dia kini harus berpantang dalam mengambil makanan yang sembarangan.

Sayangilah diri anda. Jangan terpengaruh macam saya. Nak cantik tapi sakit ke nak tak cantik tapi sihat? 

“Now makan pun berpantang. Banyak yang tak boleh makan dari boleh makan. 

“Sedikit pesanan daripada saya yang telah insaf terlalu taksub nak putih,” tulisnya.

 

“Stop normalize putih untuk cantik, you are perfect the way u are” 

Video tersebut mendapat respon yang pelbagai daripada netizen yang mana rata-rata mendoakan kesihatan wanita ini.

Dalam pada itu ramai juga yang menasihati wanita di luar sana untuk berhenti mendefinisikan putih itu sebagai cantik. Warna kulit apa pun tidak penting asalkan kita pandai menjaga kesihatan. Yang paling penting, jangan ambil ubat-ubatan sebarangan.

Kesan Produk Pemutih

Semoga cepat sembuh ya. Harap video ini dapat memberi kesedaran kepada semua. 

Baca: “Putih, pendiam, pandai masak, idaman sekali” – ‘Kahwin’ Dengan Periuk Nasi, Ramai Terhibur Dengan ‘Jokes’ Pemuda Ini

Kahwin Periuk

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.