Tak dinafikan sekarang memang musim orang berkahwin dan mendirikan rumah tangga sebab kalau buat majlis kahwin ketika ini, kita tak perlu jemput ramai tetamu kan.
Namun, ‘pernikahan’ seorang lelaki di Indonesia ini pula berjaya menghiburkan netizen di Twitter sebab pasangannya bukan biasa-biasa! Kalau nak tahu, ‘isterinya’ ialah sebuah periuk nasi elektrik!
Putih, pendiam, pintar memasak, idaman sekali ? pic.twitter.com/vih2KGkAuz
— RJ (@lagidirumah) September 23, 2021
Menurut Suara.com, pemuda yang dikenali sebagai Khoirul Anam itu telah memuat naik tiga keping gambar ‘akad nikah’ dengan rice cooker tersebut. Gambar-gambar tersebut pula ditemani dengan caption yang berbunyi,
Putih, pendiam, pintar memasak. Idaman sekali,” katanya.
Namun, anda jangan salah faham pulak, lelaki ni cuma bergurau je. Dia tak kahwin betul-betul pun dengan peralatan memasak tu.
Mungkin ia hanyalah sarcasm di mana di sebalik jokes ni, dia berpendapat bahawa golongan lelaki yang nak wanita pandai memasak, putih dan tak banyak membebel sebagai isteri agar kahwin je la dengan rice cooker ni sebab mana ada orang yang sempurna macam tu sekali kan.
Rata-rata warganet juga dilihat terhibur dengan jenaka lelaki ini dan mereka kongsikan juga lawak jenaka yang lebih kurang sama macam yang dia ni buat.
https://twitter.com/palakkauitucok/status/1441286307062304776
Selain itu, ada juga netizen yang kata ‘pasangan’ ni memang sepadan dan nanti anak mereka mungkin sebuah penapis.
Macam-macam hal betul dorang ni. Tak kering gusi asyik nak tergelak je kan kalau tengok gambar-gambar tu.
Sumber: Suara.com, Twitter@lagidirumah
Baca: “Dasar pembohong”- Viral Video Bubur Boleh Berubah Jadi Nasi, Lelaki Cuba Buktikan Teori Tapi…Erk!