Nampaknya kes melibat penderaan terhadap anggota tentera masih wujud lagi walaupun sebelum ni dah dapat warning daripada pihak berkuasa.
Baru-baru ni, bapa kepada seorang anggota tentera bengang lepas kaki anaknya melecur teruk akibat direndam air panas. Menurut Harian Metro, jurulatih dan senior di kem tentera tu dah paksa mangsa rendam kaki dalam air panas kononnya untuk ubati penyakit cagu. Uishh teruk tu!
Mahu tamatkan perkhidmatan tentera anak
Disebabkan kecederaan serius dialami anaknya, bapa mangsa, Syed Mohd Nadzri Abd Jakil, 44, mahu mangsa tamatkan perkhidmatan dalam tentera. Kaki anaknya, Syed Mohamad Naim, 20 tu dilaporkan melecur 20% dan kejadian tu memang berlaku dalam kem tentera!
“Saya nak keluarkan anak saya dari tentera, walaupun dia masih ada hati untuk terus berkhidmat namun saya kalau boleh memang tidak mahu lagi dia berkhidmat sebagai anggota tentera jika begini dia diperlakukan.
“Laporan polis juga sudah dibuat dan saya juga melantik peguam kerana mahukan keadilan serta pembelaan terhadap anak saya,” kata Syed Mohd Nazri.
Mengimbau apa yang berlaku pada 14 Ogos lalu, mangsa yang baru 7 bulan bertugas di kem terbabit telah dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh akibat alami lecur teruk dan kulit kaki menggelupas serta tertanggal selepas direndam dalam baldi yang mengandungi air panas bercampur garam.
Kulit kaki anak tertanggal sampai ke betis!
Pada mulanya, bapa mangsa ingat anak dia just alami kecederaan ringan je, tapi dia terkejut bila tengok kulit kaki anaknya tu dah tertanggal sampai ke betis! Ouch!
“Anak saya pada mulanya tidak mahu memberitahu apa yang berlaku kepadanya sehingga saya memaksanya dan akhirnya dua minggu selepas kejadian baru dia memberitahu diperlakukan seperti itu,” kata bapa mangsa.
Macam manapun, mangsa dah pun jalani pembedahan sebanyak 2 kali dan terpaksa tinggal kat wad lebih lama untuk jalani rawatan fisioterapi supaya boleh berjalan.
Ibu mangsa jugak sebak melihat penderitaan yang dialami anaknya kerana mangsa sebelum ni seorang yang aktif tapi sekarang tak boleh berjalan dan hanya terlantar atas katil.
Semoga mangsa cepat sembuh dan mendapat keadilan yang sewajarnya dari kes ni!
Baca: Sayu! Saksi Lakon Semula Adegan Zulfarhan Ditekap Seterika