in

“Saya tak faham” – Space Dollah Bengang Digelar ‘Bercapuk’

Ft Space Dollah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Abang kepada Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq iaitu Space Dollah menjadi tumpuan ramai selepas dia meninggalkan komen sarkastik dalam satu hantaran daripada seorang individu yang memetik namanya dengan gelaran yang tidak elok.

Ia susulan dengan pemakaian Bella Astillah yang menjadi kontroversi baru-baru ini.


Artikel berkaitan: “Ini sudah dirancang” -; Tular IG Story Ibu Aliff Aziz, Space Dollah Label Ia ‘Good Marketing’

Artikel berkaitan: “33 tahun tak pernah dengar” – Abang Dedah Syed Saddiq Hanya Ucap ‘I Love You’ Kepada Bella Astillah

Boleh tak jangan panggil bercapuk – Space Dollah

Screenshot 2026 05 06 170224

Difahamkan individu tersebut menggelarkan Space Dollah atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Abdul Rahman sebagai ‘bercapuk’ dan memerlinya hanya kerana pernah menyamakan Bella dengan isteri bekas Perdana Menteri, Tun Hasmah.

Sebagai respon, Space Dollah memohon agar individu itu tidak memberikannya gelaran itu, sebaliknya Space Dollah lebih sanggup digelarkan sebagai ‘binatang bermuka zebra’.

“Boleh tak jangan panggil bercapuk. Saya tak faham. Panggil saya binatang bermuka zebra lagi elok. Terima kasih tuan.”

Perkongsian itu telah mendapat perhatian ramai, rata-ratanya mengecam individu terbabit dan melabelkannya sebagai satu perbuatan yang memalukan dan kurang ajar.

Pada tahun 2022, Space Dollah pernah menceritakan bahawa dirinya menghidap Vitiligo satu masalah keadaan kuit yang membuatkan kulitnya kehilangan pigmen pada bahagian tertentu yang mewujudkan tompok-tompok kulit putih atau cerah yang berbeza dengan warna kulit asal.

Sumber : Astro Gempak, Instagram, Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.