“Saya tak cukup zat besi” – [Video] Pengasuh ‘Kantoi’ Minum Susu Badan Majikan Masa Bagi Kat Baby

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kita dah sedia maklum yang susu badan ni memang lagi bagus daripada susu formula, sebab susu ibu ni ada banyak nutrisi dan kaya dengan nutrisi.

Jadi, itu sebablah kenapa ibu-ibu disana digalakkan untuk memberikan susu badan kepada anak. Tapi tak sangka pula masih ada yang nak minum walaupun umur dah 58 tahun.

 

Kena minum sebab ada Anemia

Ceritanya begini, ada seorang ibu bekerja ni terpaksa menggunakan khidmat pengasuh untuk jagakan bayinya.

Dia pun simpanlah susu badan dia untuk diberikan kepada bayi tersebut, tapi si ibu ni dah mula rasa lain macam sebab nampak pengasuh tu selalu sangat bawa botol susu kosong anak dia ke dapur.

Malah si ibu mula rasa makin pelik bila tengok susu dia cepat habis, bila ditanya pengasuh jawab anak dia yang habis kan. Sebab ibu baby tu ada buat rekod kadar consumption susu badan dia.

Jadi, si ibu pun pasang lah CCTV dan dari situlah ‘kantoi’ yang pengasuh tu pun minum sekali masa nak menyusukan bayi tersebut.

Walaupun dah ‘kantoi’ terang-terang, dia masih tak nak mengaku sampai lah si ibu ni tunjukkan video dia bawa botol susu ke blindspot kamera tu.

Si pengasuh tu pun mengakulah yang memang dia ada minum. Menurut sumber, alasannya nak tahu kenapa? Dia menghidap Anemia! (sejenis penyakit tak cukup zat besi)

Bagimanapun, tindakan tak dapat diambil sebab tak ada undang-undang yang boleh di kenakan atas kesalahan ini di China.

Majikan tu pun dah tak kerja kat situ lagi dan dengar kata dah dpaat kerja lain dah pun. Aduhai, kalau nak minum pun minum jelah susu lembu, susu orang juga yang nak diminumnya.

 

Baca : Ibu Terkedu Lepas Terima Panggilan Dari Rumah Pengasuh. Bayi Dah Tak Bernyawa, Hidung Berdarah & Mata Lebam

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.