in

“Saya tak boleh terima suami berzina” – Isteri Luluh, Jumpa Mesej Lucah Suami Dengan Wanita Lain

Collage 24

Hati isteri mana yang tak hancur bila suami sendiri mesej dengan perempuan lain? Tambah lagi bila mesej tersebut berbaur lucah.

Baru-baru ini, seorang wanita yang memakai nama Cahaya Hati di Facebook telah memuat naik beberapa screenshots menunjukkan perbualan suami dengan seorang wanita lain di aplikasi ‘Omi’.

Menurut Cahaya, pada 6 Disember lalu, anaknya telah dimasukkan ke hospital kerana tak sihat, tapi suaminya hanya datang melawat sekejap-sekejap saja.

82364688 3973757675983394 4246669315014656000 N

Bukan tu je, wanita ini juga berkata yang dia dan suaminya dah tak tidur sekatil walaupun dia dah berusaha untuk ambil hati suaminya.

Pada 4 Januari lalu, Cahaya tergerak hati untuk periksa telefon suaminya. Walaupun dia tak tahu password suaminya namun dengan petunjuk Allah dia dapat membuka telefon suaminya.

82223768 3973755282650300 3956731753787293696 N 82300576 3973755375983624 75071784906391552 N

Apa yang ditemui wanita ini dalam telefon suaminya sangatlah mengejutkan. Di dalam telefon tersebut, terdapat perbualan-perbualan lucah suaminya dengan wanita bernama Dayah dan gambar-gambar yang “menjengkelkan.”

82701568 3973755615983600 1837669673911451648 N

Tanpa membuang masa, Cahaya Dayah itu untuk mendapatkan kepastian. Dayah mengaku tentang hubungannya dengan suami Cahaya dan mengatakan yang mereka sering bersama.

83047521 3973755782650250 6631843969368064000 N

Ketika ini juga Cahaya dapat tahu malam anaknya di dalam hospital, suaminya pergi berjumpa wanita bernama Dayah itu.

Awk nk wifi sy pasangkan, rumah x ada tv, kesian kt ank, sy belikan, sy carikan kje, awk mgeluh ckp ‘penat’, deposit rumah sy sediakan, cincin, rantai smua digadai.. ape lagi yg x ckop?”

Menurut wanita ini, tujuan dia kongsikan ceritanya ini suapaya jadi pengajaran untuk wanita-wanita lain supaya tak tertipu dengan manusia seperti ini.

Hati sy dh hncur 1000 kali hncur, sy dh x blh nk terima suami berzina dgn org lain, sblm ni byk bnda yg sy blh telan lg. Tapi yg ini, ya Allah.. Sy sggop undur diri.. Hati sy betul2 dh tawar.. Sy akn cuba utk redha laupon ssh dan sgt pahit..”

Admin doakan Cahaya Hati terus kuat bersama anaknya.

 

Baca: Laki Curang Ni Sanggup Jadi Penghadang Kat Perempuan Simpanan Sebab Nak Lindung Dilanyak Isteri

Screenshot 2020 01 13 At 12.05.10 Pm