in

Laki Curang Ni Sanggup Jadi Penghadang Kat Perempuan Simpanan Sebab Nak Lindung Dilanyak Isteri

Cheat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila dah ‘kantoi’ dekat bini pasal kecurangan, suami pilih untuk back up perempuan simpanan dia bila kena serang berbanding tenangkan isterinya yang semakin liar sampai tumbuk dan tendang perempuan tu.


Daripada perkongsian Daily Mail ini, lelaki tu sanggup jadi penghadang dekat perempuan tersebut daripada dilanyak habis-habisan oleh isteri. Tengok video ni rasa puas pun ada, marah pun ada.

 

Kepala disepak, badan kena libas, baju kena koyakkan

Giphy 10

Kejadian dalam video berdurasi 2 minit 3 saat itu berlaku di Fanchang, China. Ia menunjukkan seorang wanita mengamuk menyerang suami dan kekasihnya itu. Mereka bergelut sehinggakan suami terpaksa melindungi si kekasih daripada dihentam isterinya.

Tindakan ganas isterinya koyakkan baju, diiringi dengan pukulan daripada kawan isteri itu dilihat oleh orang awam disekeliling.

Daripada halang isteri pukul untuk redakan kemarahan dikhalayak ramai itu, suami tekad nak jadi ‘hero’ lindungi kekasihnya sambil teriak suruh isteirnya berhenti.

Sah-sahlah makin marah orang tu dia buatnya. Masa tengah lindung isterinya sampai tendang kepala perempuan tu.

Isteri tu pun rentap rantai emas yang laki dia pakai tu, untuk libas belakang suaminya. Orang keliling yang sebelum ada cuba nak redakan terus biarkan dan tak berani nak masuk campur.

Dalam pengakhiran video itu, suami curang ni minta orang ramai hubungi pihak polis sambil isterinya belasah suaminya menggunakan kasut.

Giphy 1 4

Dah puas belasah, mereka yang kena lanyak tu, terus bangun, habis perempuan tu sampai separuh bogel jadinya sebab baju dah kena koyakkan oleh isteri tu.

Menurut sumber, pasangan tu sempat lari sebelum polis tiba.

Untuk pengetahuan, kesalahan berzina ni bukanlah satu perkara yang boleh dihukum di China, kalau ditahan sekalipun, denda diaorang pun tak teruk. Pendek kata, ia dianggap perkara remehlah.

 

Baca : Lelaki Menangis Bawah Hotel Lepas GF Kantoi Curang Dengan Pakcik Umur 50 Tahun Dekat Bilik Sebelah

Curang2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.