in

Pasangan Bawa Bayi Pakai Alat Pernafasan Tunggang Motosikal Sudah Hilangkan Diri?

F4 Pasangan Tular

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kecoh dengan pendedahan bahawa pasangan yang tular membawa seorang bayi lelaki yang memakai alat pernafasan menaiki motosikal sebenarnya belum berkahwin.


8 5

Pasangan itu kemudiannya diarahkan untuk berpisah sementara namun dalam masa yang sama pihak masjid Al Maarufi mengatakan pihak mereka akan membantu pasangan itu untuk bernikah dalam masa terdekat.

Namun, hari ini, kecoh pula apabila pasangan tersebut dipercayai telah menghilangkan diri, lapor media Berita Harian.

Mereka dipercayai telah menghilangkan diri kerana tidak menjawab panggilan apabila cuba dihubungi oleh pihak media.

Artikel Berkaitan: Pasangan Tular Bawa Bayi Dengan Motosikal Dikatakan Masih Belum Berkahwin?

Artikel berkaitan: PM Kini Sedang Mencari 3 Sekeluarga, Tular Naiki Motosikal Bawa Bayi Guna Alat Bantuan Pernafasan

Bukan itu sahaja, menurut Harian Metro, pasangan tersebut juga telah mematikan talian.

Malah, menurut Muhammad Hazamer Mualim iaitu Pengerusi Qariah Masjid Al Maarufi, iaitu masjid yang terletak berdekatan dengan rumah mereka juga mengatakan pihak mereka tidak dapat mengesan lelaki tersebut apabila pihaknya memantau kawasan rumahnya.

Difahamkan, hanya ibu lelaki tersebut sahaja yang ada di rumah terbabit seorang diri. Walau bagaimanapun, keadaan ibu lelaki itu yang mempunyai penyakit angin ahmar dipantau oleh jiran-jiran.

Muhammad Hazamer turut mengatakan bahawa pihak Pejabat Agama Daerah telah memberi kebenaran untuk pasangan itu menyerahkan dokumen berkaitan agar mereka dapat bernikah dengan mudah.

Walau bagaimanapun, menurutnya, pihak mereka masih belum menerima dokumen yang diperlukan daripada pasangan tersebut setakat artikel ini ditulis.

Sumber:  Harian Metro, Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.