in

“Saya spray boleh tak?” – [VIDEO] Risau Punya Pasal, Lelaki Bawa Spray Gun Sanitizer Masa Nak Suntik Vaksin

Fi Gun Sanitizer

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Oleh sebab situasi pandemik di negara kita ni berada di tahap yang bahaya sejak akhir-akhir ni, mesti ada di antara kita ni jadi semakin ‘paranoid’ dengan keadaan sekeliling. Mana tidaknya, tahap bahaya virus ni buatkan harini saja hampir 20k kes harian dicatatkan. Memang gila betul.


Macam kisah min nak kongsi kali ini, seorang lelaki menunjukkan cara penjagaan diri ‘next level’ bila tiba di sebuah klinik untuk menerima vaksin.

 

Tembak sanitizer dekat kerusi dan frotnliner

Baru-baru ini, ragam seorang penerima vaksin ini nyata menarik perhatian petugas di sebuah klinik dan menjadi bualan ramai di media sosial.

Menerusi posting yang dimuat naik di akaun TikTok @dilafaizal, dia menunjukkan seorang lelaki yang siap bawa spray gun sanitizer sewaktu tiba di tempat vaksinasi.

Bawa Gun Sanitizer

Ketika masuk ke ruangan vaksinasi, Puan Dila memintanya untuk duduk tapi dengan sanitizer ditangan dia sempat minta izin dan sembur kerusi yang nak diduduk.

Bukan saja itu, lelaki tersebut siap offer dekat Puan Dila jika nak  disanitasi. Tanpa bercakap panjang, Puan Dila pun terus saja melayankan kehendak lelaki berkenaan itu.

Namun apa yang paling menarik perhatian, lelaki tu sempat lagi bagi peringatan pada petugas di sana sebabkan dia terlalu risau dengan keadaan frontliner yang dah banyak berkorban untuk keselamatan orang ramai.

“Awak kena jaga tau, awak frontliner saya risau” kata lelaki itu.

Perkongsian video oleh Puan Dila itu telah menjadi tumpuan ramai dan sehingga kini ia telah meraih lebih dari satu juta tontonan.

@dilafaizal

Macam macam hal pesakit nak ambik vaksin ni #kitajagakita #fypシ

♬ original sound – Dila Faizal – Dila Faizal

 

“Keselamatan diri dia jaga, orang lain dia jaga alhamdulillah”

Menjengah ke ruangan komen, tindakan lelaki tersebut dipuji oleh netizen sebab tetap berjaga walau di mana pun berada. Di samping ada juga yang terhibur, dengan ayat percakapannya yang tetap mengingatkan para frontliner kita.

Reak Gun Sanitizer 1 Edit Reak Gun Sanitizer 2 Edit Reak Gun Sanitizer 3 Edit

Tindakan macam ni memang patut kita puji. Respect!

 

Baca : [VIDEO] Ingat Nak Scan Suhu, Pengawal Terhibur Tak Sengaja ‘Tembak’ Kepala Pengunjung Dengan Hand Sanitizer

Foot Bawak Gun Sanitizer

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.