in

“Saya ambil Sinovac, sebab KJ ambil”- Ellie Suriaty Akhirnya Suntik Vaksin Akhir Oktober Lalu?

Ft Eliie Dah Suntik Sinovac

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama pelakon Ellie Suriaty Omar sebelum ini terpalit dengan kontroversi apabila anaknya yang dikenali sebagai Azrell Omar Azri Iskandar dan Nur Azreen Omar Iskandar Azri Iskandar ada membuat laporan polis kerana mahu menolak suntikan vaksin.


Laporan itu dibuat sambil ditemani oleh pelakon tersebut di Balai Polis Taman Melawati sekitar Ogos lalu.

 

Hak individu untuk menolak vaksin – Ellie Suriaty

Pendirian dua beradik ini disokong oleh Ellie sendiri apabila Kosmo! melaporkan bahawa Ellie menyatakan itu adalah hak individu untuk menolak vaksin eksperimen Covid-19 ke atas pelajar sekolah yang berumur antara 12 hingga 17 tahun.

Malah pada waktu tersebut, Ellie juga ada mengesahkan bahawa dia dan keluarga belum mengambil vaksin pada waktu tersebut, sebaliknya mengamalkan pemakanan sunah yang sudah diambil sekian lama.

Dalam pada itu, Ellie menegaskan bahawa dia bukanlah menolak atau anti vaksin memandangkan sudah mengambil beberapa jenis suntikan seperti rakyat lain sejak dari kecil. Bagaimanapun program vaksin Covid-19 terbaharu ini masih belum diuji sepenuhnya.

Screenshot 2022 01 11 182651

“Berbeza dengan program imunisasi yang kita semua ambil sejak kecil, ia sudah menjalani ujian klinikal bertahun-tahun sebelum diperkenalkan kepada umum.”

“Tetapi vaksin Covid-19 cuma dalam tempoh enam bulan sahaja diuji dan terus diberikan kepada manusia. Saya tak kisah pun disuntik kalau vaksin ini sekurang-kurangnya lebih lima tahun digunakan.”

Terbaru, satu video menjadi perhatian apabila Ellie mengakui bahawa dirinya sudah ambil vaksin.

“Saya ambil Sinovac sebab KJ ambil Sinovac”

Menerusi video daripada Twitter Kosmo! Pelakon tersebut akui kini sudah menerima suntikan vaksin jenis Sinovac.

Umumnya mengetahui bahawa Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerima vaksin jenis tersebut, jadi Ellie dalam satu temubual berseloroh bahawa dirinya mengikuti beliau.

Terdahulu, selepas Ellie mengumumkan bahawa dia sekeluarga tidak vaksin, mStar Online ada melaporkan bahawa suaminya Azri Iskandar dikhabarkan ada ambil vaksin senyap-senyap, bagaimanapun Ellie dengan bersiap terbuka menerimanya kerana demi kepentingan ketua keluarga untuk mencari nafkah.

 

Baca : “Saya tak sanggup pertaruhkan nyawa saya” – Anak Ellie Suriaty Buat Laporan Polis, Tolak Suntikan Vaksin Covid-19

Ft Anak Ellie Suriaty Buat Laporan Tolak Vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.