in

[VIDEO] Ingat Nak Scan Suhu, Pengawal Terhibur Tak Sengaja ‘Tembak’ Kepala Pengunjung Dengan Hand Sanitizer

Ft Tembak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun sedar tak sedar telah hampir setahun kita hidup dalam norma baharu namun masih ada yang cuba untuk membiasakan diri dengan keadaan semasa ini.



Setiap kali nak keluar kita kena pastikan pelitup muka, hand sanitizer dan telefon pintar dibawa bersama bagi memastikan diri terhindar daripada jangkitan wabak Covid-19.

Tapi bagaimana pula keadaan pekerja di premis yang sedang menyesuaikan diri dengan cara hidup baru ni? Pastinya ada perkara-perkara pelik yang dialami mereka.

 

Nak tembak suhu, tapi…

Biasalah kalau dah berulang kali buat satu benda, kadang-kadang sampai jammed otak dibuatnya.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di akaun Twitter @kegblgnunfaedh, seorang pengawal dilihat sedang melakukan rutin semakan suhu dan semburan hand sanitizer kepada setiap pengunjung premis tersebut.

Tapi tanpa disangka-sangka pengawal tersebut tidak sengaja ‘tertembak’ hand sanitizer yang disangkakan sebagai thermometer di dahi pengunjung itu.

Mungkin nak elakkan jangkitan di dahi kot…

Yang tak menahannya, pengawal itu turut terhibur dengan perlakuannya sendiri.

Tapi jangan risau, pengawal itu dilihat memberikan tisu kepada pengunjung tersebut sejurus selepas itu.

Mesti guard tu pun terkejut dengan kelakuan diri sendiri. Korang macam mana, ada tak perkara pelik atau lucu masa nak masuk premis. Kalau min selalu tak sampai nak scan dekat thermometer yang berdiri tu…

Baca : Campak Kucing Demi Video TikTok, Remaja Lelaki Kini Diburu Persatuan Haiwan Malaysia

Capture 5 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.