in

“Saya sebenarnya gak punya handphone..” – [VIDEO] Sebak! Pekerja Delivery Terkejut Dapat ‘Surprise’ Hantar Barang Sendiri

Fi Pekerja Dapat Hadiah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi memastikan ahli keluarga mendapat kemudahan dan keselesaan sebaik mungkin, pengorbanan insan bergelar seorang ayah memang cukup besar bagi memastikan segala kelengkapan cukup lebih-lebih lagi untuk anak-anaknya.


Seorang ayah ni juga, sanggup tak mempunyai kemudahan sepatutnya supaya dapat didahulukan ahli keluarga yang lain. Tapi setiap pengorbanan tu, mesti akan ada hikmah di sebaliknya.

 

Pekerja delivery terkejut hantar barang untuk diri sendiri

Viral di media sosial baru-baru ini, apabila video seorang ayah yang gigih bekerja sebagai penghantar barang mampu buatkan orang ramai berasa sebak.

Menerusi perkongsian @B3stie, melihatkan seorang lelaki menghantar barang kepada selebriti Indonesia Deddy Corbuzier. Namun ketika bungkusan itu diberikan, Deddy menanyakan, sama ada nama pada bungkusan tu sama dengan nama lelaki itu dan berikan pada lelaki itu. Lalu dia kata ya, tapi tak yakin sebab alamat ditulis bukan alamat rumahnya.

Pekerja Dapat Hadiah 2

Tak nak bercakap banyak, selebriti tersebut terus buka isi bungkusan tersebut. Setelah dibuka, Deddy tunjukkan yang itu adalah telefon model baru keluaran Oppo lantas berikannya kepada lelaki itu selepas diberitahu bahawa dia tak ada telefon dan hanya terima pesanan menggunakan telefon anaknya.

Rupanya bukan tu saja, ternyata ada lagi satu surprise untuk lelaki tersebut. Sewaktu Deddy tengok kondisi motosikal digunakan, dia pelik kenapa ia kelihatan agak teruk. Lelaki tu maklumkan yang motosikal tersebut digunakan untuk hantar anak-anaknya ke sekolah selain tujuan bekerja.

Paling menyentuh perasaan bila Deddy suruh lelaki berkenaan duduk atas motosikal yang konon miliknya itu dan terus beri roadtax kepada dia.

Posting tersebut sehingga kini, dah peroleh sebanyak lebih daripada 10 juta views di TikTok.

@yourmoodd2

berkah selalu ya pak❣️❣️CrYtb:DeddyCorbuzier #fyp #CariTerusRasamu #fypシ゚viral #fypage #epyepe #masukberandafyp #pyf #viral #xyzbca #foryou #foryoupag

♬ Love Is Gone – 女王Music

 

“Mengalir air mata aku…”

Di ruangan komen, nyata momen itu buatkan ramai tersentuh sampai ada yang mengalir air mata. Di samping seronok untuk pihak lelaki itu, ada juga netizen yang terinspirasi dan memasang niat untuk bantu orang lain seperti dilakukan oleh Deddy.

Reak Pekerja Dapat Hadiah 3 Edit Reak Pekerja Dapat Hadiah 1 Edit Reak Pekerja Dapat Hadiah 2 Edit

Rezeki memang tak salah alamat. Sedih pula tengok ayah tu menangis sebabkan dia tak percaya.

 

Baca : “Mula-mula plan nak bakar” – [VIDEO] Diam Tak Terkata Tengok Iswara Dihancurkan, Rupanya Bos ‘Prank’ Hadiahkan Perodua Aruz!

Foot Pekerja Dapat Hadiah

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.