Prihatin dengan dugaan yang dihadapi oleh Azar Azmi baru-baru ini, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri tampil menghulurkan bantuan kewangan kepada pelakon wanita itu.
Menurut Aliff dalam satu sesi siaran langsung di platform TikTok semalam, sumbangan tersebut diberikan atas rasa simpati terhadap nasib yang menimpa pelakon terbabit.
View on Threads
Memetik sumber Media Hiburan, Azar berjaya mengumpul sebanyak RM40,000 hasil pembelian produk usahawan berkenaan.
“Ini hak awak sebanyak RM40,000. Ini semua duit rakyat Malaysia yang bantu anda tadi,” kata usahawan itu kepada Azar.
Artikel berkaitan: “Tudung kakak aku, baju arwah ibu, kasut kakak aku” – Azar Azmi Kongsi Detik Hitam Dalam Rumah Tangga
Artikel berkaitan: Dulu Pelakon Popular, Kini Jual Durian & Cempedak, Azar Azmi ‘Merangkak’ Semula Bina Hidup Selepas Direman Polis
Pelakon yang membintangi drama bersiri Nur itu meluahkan rasa sebak dan tidak menyangka apabila masih ramai yang memberi sokongan dan sudi membantu ketika dia berdepan kesulitan.
“Tak sangka sebab saya menyangkakan semua orang benci saya. Terima kasih kepada semua yang berkongsi rezeki sebanyak ini dengan saya,” luah Azar.
Dalam pada itu, Azar menyatakan bahawa dia nekad untuk melangsaikan hutang terlebih dahulu kerana tidak mahu meninggalkan bebanan kepada anak-anaknya yang masih kecil.
“Target saya nak hidup aman, langsaikan hutang dan fokus kepada anak-anak,” ujarnya.
@mediahiburanofficial Ketelusan hati Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri dalam berniaga benar-benar menyentuh jiwa 🥺 Tergamam pelakon Azar Azmi melihat jumlah rezeki RM40,000 yang diterima…Rupanya setiap jualan dalam sesi jualan secara dalam talian malam tadi, Datuk & Datin menghadiahkan RM5 buat Azar bagi setiap barang yang terjual 🤲🏼 Alhamdulillah, masih ramai rakyat Malaysia yang berhati mulia, sama-sama tampil membantu Azar yang sedang diuji saat ini. Rezeki yang Allah kurniakan buat Azar malam tadi sungguh tidak disangka-sangka, penuh dengan kasih sayang dari insan sekeliling ✨ Cantik sungguh aturanNya… Dia gerakkan hati-hati kita untuk bersama menghulurkan bantuan. Moga setiap kebaikan ini menjadi asbab keberkatan dan rahmat buat kita semua, Insya-Allah ♥️ #MHnews #MediaHiburan #FYP
Difahamkan, sesi jualan itu diaturkan sendiri oleh Aliff sebagai usaha meringankan beban Azar selepas tular kisah hidupnya.
Sementara itu, Aliff turut memaklumkan bahawa dia tidak keberatan untuk menawarkan peluang pekerjaan kepada pelakon tersebut di syarikat miliknya.
