in

“Sebab ada dakwaan dapat dos kurang” – Penerima Vaksin Kini Ditunjukkan Jarum Sebelum & Selepas Suntikan

Ft Tunjukjarum

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kebelakangan ini, timbul beberapa dakwaan daripada individu yang mengatakan mereka mendapat dos vaksin AstraZeneca kurang daripada yang sepatutnya.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata Kementerian Kesihatan (KKM) memandang serius dakwaan yang tular di media sosial itu di mana ia dikatakan berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di PWTC. Kata beliau, perkara itu kini dalam siasatan pihak KKM dan ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth).

Disebabkan itu, kini penyuntik vaksin dilaporkan perlu menunjukkan jarum suntikan sebelum dan selepas memberi suntikan kepada penerima.

Dos5

KKM menetapkan arahan tambahan itu dalam prosedur operasi standard (SOP) kepada semua pengendali vaksin di PPV AstraZeneca bagi memastikan kualiti pengendalian vaksin Covid-19 berada pada tahap optimum.

Penyuntik vaksin perlu menunjukkan jarum suntikan yang diisi dengan vaksin mengikut kuantiti yang ditetapkan kepada penerima vaksin, sebelum melakukan suntikan.”

Mereka juga perlu menunjukkan jarum suntikan yang dikosongkan kepada penerima vaksin selepas suntikan dilakukan.”

Dos2

Dr Adham turut berkata penambahbaikan dalam SOP itu akan diperluaskan ke semua PPV lain dan pemantau rapi terutamanya di PPV akan dipertingkatkan untuk memastikan SOP dipatuhi sepenuhnya.

Terdahulu, Anoogrehan Manoharan, 48, adalah antara salah seorang individu yang mendakwa tidak mendapat dos suntikan yang sepatutnya. Video dimuat naik olehnya tular di media sosial dan perkara itu kini sedang disiasat.

 

Mengikut maklumat produk yang terdapat di laman web Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), satu dos vaksin AstraZeneca ialah 0.5ml.

Baca: “Dos AstraZeneca sepatutnya 0.5ml” – [VIDEO] Lelaki Rakam Detik Suntikan Vaksin, Dakwa Terima Dos Kurang Dari Sepatutnya

Ft Vaksinkurang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.