in

“Saya malu & patut dibenci”- 2 Pencuri Ini Minta Maaf Lepas Bersalah Curi Barang Budak Pesakit Tumor

Curi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Niat jahat 2 orang pencuri gelandangan di Washington ini untuk dapatkan easy money terbantut apabila dia mendapati bahawa bungkusan yang dicuri ini mengandungi hadiah istimewa untuk kanak-kanak sakit.


Dalam kotak tersebut ada tali pinggang replika WWE Pro Championship Wrestling yang telah diubah suai untuk kanak-kanak  autism yang berumur 5 tahun Timmy Vick Jr ni.

Masa 2 orang pencuri ini pulangkan balik bungkisan tu, diaorang siap ada bagi nota permohonan maaf lagi dan menjelaskan mereka tak ada niat nak curi barang budak sakit.

 

Sanggup belanja sampai RM 10,000 untuk hadiahkan anak autism, tapi hilang

Ceritanya begini, ibu bapa Vick nak belikan anak dia tali pinggang kejuaraan tu sebab Vick ni peminat tegar WWE.

Menurut sumber Dailymail Online, ibu bapanya berbelanjakan sebanyak $2,000 (RM 10,457.71) untuk belikan hadiah istimewa kepada pesakit autism ni.

Ayah dia beli dekat satu tempat online, dan ingin ubah untuk jadikan versi budak 5 tahun.

Tujuan mereka adalah nak cheer up kan anak lelaki mereka ni sebab menjalani rawatan untuk ketumbuhan otak.

“Saya cuma nak bagi sesuatu kat dia yang dia bo,eh ingat dan kekal sampai bila-bila” – Timmy Vick Sr, ayah

Bagaimanapun keterujaan mereka nak berikan hadiah kepada anak istimewa ini terbantut apabila hadiah tu hilang kena curi kat tempat mereka nak customize tu.

 

Mereka pulangkan balik beberapa hari lepas mencuri, dan tinggal nota minta maaf

15446498 7197845 Image A 1 1561908882368

Bila pengusaha Sergio Moreira lihat semula melalui CCTV, identiti si pencuri tu adalah 2 orang wanita. Mereka dilihat ambil barang tersebut di depan pintu dan terus lari.

Bagaimanpun, lepas footage tu dah viral, tali pinggang tu dipulangkan semula di rumah mereka selepas beberapa hari bersama 4 helai nota minta maaf.

Ini sebahagian nota yang ditulis oleh salah seorang pencuri wanita tu.

15446486 7197845 The Thieves Left An Apology Note With The Returned Parcel In Whi A 19 1561919748762

“Kami minta maaf sebab ambil barang anda. Seumur hidup saya, saya tak pernah langsung mencuri barang daripada budak berumur 5 tahun yang tengah sakit. Saya sendiri ada anak berumur 6 tahun, hidup ni ada naik dan turun untuk kami yang gelandangan ni. Kami nak dapatkan wang sedikit dengan mudah. Saya malu dengan diri sendiri”

 

Gelandangan yang nak cari duit lebih

15446490 7197845 Image A 2 1561908892571

Moreira kemudiannya pergi cari 2 orang wanita tu, rupa-rupanya mereka adalah ibu dan anak, dia percaya yang nota itu memang asli.

“Mereka kata mereka merupakan gelandangan yang ketagih dadah dan nak cari duit lebih melalui jual barang dalam kotak tu”

“Bila saya lihat mereka menangis menyesali perbuatan mereka, rasa sedih sangat.”

 

Tak ditangkap tapi…

15446502 7197845 Image A 3 1561908902849

Tiada sebarang tindakan dikenakan kepada mereka berdua, dan bagi Moreira, dariapda mereka terus buat kerja tak elok ni, Moreira terus bagi mereka kerja untuk bantu mereka.

Mereka sekarang tengah kerja dengan Moreira untuk bantu balik ubah suai Vick punya tali pinggnag tu dan hantar semua dalam masa 3 minggu.

 

Baca : “Kelab BANGANG mana yg buat ni”- Pemberi Sumbangan Terpekik Terlolong Longgok Baju Atas Jalan Untuk Gelandangan

Homeless

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.