in

“Kelab BANGANG mana yg buat ni”- Pemberi Sumbangan Terpekik Terlolong Longgok Baju Atas Jalan Untuk Gelandangan

Featured 48

Memasuki 10 malam terakhir bulan Ramadan, semakin ramai yang memperbanyakkan ibadah termasuk melakukan majlis berbuka puasa atau pun sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Namun yang menyedihkan apabila mereka lakukan perkara tersebut seolah-olah ‘hanya cukup syarat’ ataupun ‘asalkan buat’.

Seperti yang dikongsikan lelaki ini di facebook apabila ada pihak yang ‘sambil lewa’ memberikan sumbangan kepada golongan gelandangan dengan cara yang cukup tak beradap.

Kejadian ini dipercayai berlaku semalam di Jalan Tuanku Abdul Rahman di ibu negara.

 

Pada saya, apa yang saya lihat pagi tadi lebih kepada sikap kurang sopan, “ignorant” dan kurang adab….

DATANG KE RUMAH ORANG KENA BERADAB, BUKAN BIADAPMay 26, 2019 @ 01:30 – 02:15Jalan Tuanku Abdul Rahman.Mungkin kita…

Posted by Mohd Radzi Jamaludin on Saturday, May 25, 2019

May 26, 2019 @ 01:30 – 02:15

Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Mungkin dah biasa sangat atau terlampau “cliche” ungkapan “niat baik tapi cara salah” atau “bukannya nak tolong, tapi nak syok sendiri”. Pada saya, apa yang saya lihat pagi tadi lebih kepada sikap kurang sopan, “ignorant” dan kurang adab di kalangan pemberi bantuan untuk golongan gelandangan.

Dalam tempoh 40 minit, untuk kawasan sepanjang tidak sampai 50 meter, ada LEBIH 15 kumpulan berasingan datang menjerit jerit, melalak lalak, terpekik terlolong “BAJU PEREMPUAN, BAJU BUDAK, SELUAR PANJANG, AIR TEBU, AIR KOTAK” dan bermacam macam lagi.

Baju dilonggok sahaja di atas persiaran jalan kaki dengan tiada aturan, kawalan atau susunan yang jelas.

Makanan di agih tanpa kawalan dan aturan kebersihan seperti penyediaan plastik sampah.

Ada yang menjerit jerit kononnya longgokan baju mereka lebih MANTAP dari kumpulan lain.

Ada yang melalak lalak kononnya makanan mereka lebih SEDAP dari kumpulan yang lain.

60884889 10219360244341315 7991773577563078656 N

60975640 10219360244861328 3857914473385820160 N

Bukannya seorang dua yang melalak. Macam hilang akal pun ada. Malah merasa lebih bangga kalau jeritan dia lagi kuat!

Berbalik kepada menjerit jerit tadi, saya kasihan sangat melihat anak kecil menangis dan mereka yang lanjut usia yang kelihatan lesu kerana tidak dapat tidur akibat jeritan AIR TEBU, BAJU CANTIK, BAJU RAYA. Bukannya seorang dua yang melalak. Macam hilang akal pun ada. Malah merasa lebih bangga kalau jeritan dia lagi kuat. Itu belum lagi kumpulan yang tiba tiba bersorak bila agihan sudah selesai.

Kita yang bagi bantuan bila masuk pukul 3am bolehlah balik, masuk bilik pasang aircond dan tidur nyenyak berdengkur sampai tegak matahari. Sedangkan, bagi golongan gelandangan ini, kaki lima adakah “bilik” mereka yang perlu dikosongkan sebelum siang menjelma. Jadi berapa jam sajalah yang ada untuk mereka menikmati tidur lena di waktu malam. Saya betul betul kasihan melihat anak anak kecil dan warga emas yang tidak dapat melelapkan mata tadi.

Jumlah baju terpakai yang dibawa pula memang “mode-nak-clear-almari”. Kalau ada 15 kumpulan, 12 daripadanya sudah tentu bawa pakaian. Apa GILANYA ini? Bukannya tidak nampak baju yang dah menimbun, namun datang lagi satu kumpulan dengan 8 beg IKEA menambahkan lagi longgokan.

Besok? Lusa? Tulat macamana? Cara mengagih pula langsung tidak berhemah. Baju yang tidak diterima ditinggalkan begitu saja. Kenapa tidak diambil semula? Hendakkan rumah sendiri kemas, tetapi kenapa pula rumah orang lain yang kena bersepah?

61109769 10219360245661348 3056093737634496512 N

KEGILAAN INI MESTI DIHENTIKAN! Mereka pun manusia macam kita ada maruah dan harga diri…

Tunjang asas kerja kemanusiaan dan bersedekah adalah untuk memberi apa yang diperlukan, bukan apa yang kita nak kasi. Penerima manafaat perlu disantuni dan diminta memaklumkan apa yang diperlukan.

Tunjukkanlah sikap hormat dan adab. Hendak menolong tidak bermakna kita ada “free ticket” untuk memekik melalak mengacau orang yang hendak tidur. Hendak menolong tidak bermakna kita ada “free ticket” untuk buat semak dan mengotorkan kediaman orang lain.

KEGILAAN INI MESTI DIHENTIKAN! Mereka pun manusia macam kita ada maruah dan harga diri. Mereka bukannya bahan tunggangan atau lombong untuk kita menambah pahala dan “like” di media sosial.

Kaki lima untuk kita adalah kediaman untuk mereka. Jaga adab bila datang ke rumah orang lain.

Saya meminta maaf jika ada yang terguris atau tersinggung.

Niat nak bagi sumbangan tu dah betul, alhamdulillah tapi mungkin cara yang digunakan tu agak ‘kurang beradap’ kot.

Baca : Manusia Perangai Syaitan! Tergamak Bakar 2 Gelandangan Yang Sedang Nyenyak Tidur Bawah Jambatan Tanpa Sebab

1 28