Setiap orang pasti mengimpikan perkahwinan yang indah dan mempunyai pengakhiran yang baik. Namun tak semua orang bertuah…
Baru-baru ini pengacara Malaysia Hari Ini, Fedtri Yahya telah kongsikan tangkap layar di Twitter peribadi menunjukkan seorang wanita meluahkan rasa kecewanya ekoran onar yang dibuat oleh suaminya.
Salam. En Fedtri, saya nak express sesuatu. Rasanya dah tak tertahan nak simpan dalam dada lagi sendirian.
Saya dah setengah tahun tak bertegur dengan suami, sebab kantoi dengan saya suami suka tunjuk kemaluan pada perempuan lain (ramai perempuan).
Tak cukup dengan itu, wanita ini turut mengatakan ketika malam tahun baru yang lalu, suaminya ini telah melakukan keganasan rumah tangga ke atasnya sehingga dia terpaksa buat laporan polis.
Baru-baru ini saya check fon dia. Dia masih galak bertukar gambar kemaluan dengan perempuan lain di Instagram dan WhatsApp. Saya kecewa hidup begini. Anak anak 2, lelaki.”
Kata wanita ini lagi, dia telah dihalau dari rumah sewa mereka dan dia tak ada sesiapa di Kuala Lumpur kerana ahli keluarganya semua di Johor Bahru.
Fedtri mengatakan yang wanita tersebut akan dibantu mengikut saluran sewarjarnya.
Insya-Allah wanita ini akan dibantu ke saluran sewajarnya pic.twitter.com/wMCa9wUkKg
— Fedtri Yahya (@fedtriyahya) April 27, 2021
Perkongsian wanita ini turut mendapat simpati ramai netizen.
Baca: “Tak layak bagi peluang!” – Isteri Sanggup Maafkan Suami Curang Walaupun Dah Kena Tikam 24 Kali!