in

“Tak layak bagi peluang!” – Isteri Sanggup Maafkan Suami Curang Walaupun Dah Kena Tikam 24 Kali!

Man Stabs Wife 24 Times After She Confronted Him About Romantic Chats With Other Women World Of Buzz 4

Seorang lelaki berusia 72 tahun baru-baru ini telah dijatuhkan hukuman penjara enam bulan atas kesalahan tikam isterinya sebanyak 24 kali.

Menurut CNA, semasa tertuduh, Hamid Ibrahim sedang mandi di rumahnya di Serangoon, Singapura pada 28 November lepas isterinya telah mengambil telefon dan membaca beberapa mesej di dalamnya.

Wanita berusia 66 tahun ini terkejut bila melihat suaminya yang merupakan seorang bekas penterjemah mahkamah telah memberikan mesej-mesej romantik kepada beberapa wanita.

Selepas mandi, Hamid telah mengambil baldi berisi baju tak berbasuh untuk diletakkan ke dalam mesin basuh sebelum isterinya berhadapan dengannya.

Man Stabs Wife 24 Times After She Confronted Him About Romantic Chats With Other Women World Of Buzz

Wanita ini mula bertanyakan tentang mesej-mesej mencurigakan yang dibacanya sebentar tadi dan tanya Hamid kenapa dia bercakap dengan perempuan lain dan menuduh lelaki ini mempunyai hubungan sulit dengan perempuan-perempuan tersebut.

Kerana lelaki ini menafikan perkara tersebut dan memberikan alasan wanita-wanita itu hanyalah customer, pasangan in mula bergaduh dan keadaan menjadi bertambah teruk bila Hamid tiba-tiba menggunakan baldi kosong yang dipegangnya untuk memukul kepala isterinya hingga baldi tersebut pecah tiga.

Tak cukup dengan itu, Hamid telah mengambil pisau dapur berdekatan dan menikam isterinya sebanyak 24 kali di badan. Melampaunya!

Screenshot 2020 03 05 At 4.09.41 Pm

Lelaki ini telah menikam isterinya sebanyak 13 kali di lengan, enam kali di punggung dan lima kali di belakang manakala wanita malang ini tak melawan langsung hinggalah Hamid berhenti menyerang dan menelefon pihak polis. WTF?!

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Besar Sengkang dan disahkan mempunyai beberapa luka dibahagian yang diserang dengan pisau sepanjang 16cm itu.

Hamid telah mengaku bersalah atas tuduhan mencederakan dengan niat untuk menyakiti menggunakan senjata berbahaya. Ketika di mahkamah, peguam bela lelaki ini mengatakan yang anak guamnya dah menyesal dengan tindakannya itu.

Tertuduh mengaku tindakannya itu dilakukan kerana mengikut emosi dan parut ini akan sentiasa bersamanya hingga ke akhir hayat.”

Walaupun selepas semua ini, dilaporkan Hamid masih lagi bersama isterinya dan empat orang anak mereka.

 

Baca: Lelaki Maut Ditikam Isteri Kerana Tidak Pulang Ke Rumah Selama Dua Hari

Screenshot 2020 03 05 At 4.11.47 Pm

Sumber: Venture Beat