in

“Saya ingin menyampaikan kepentingan perpaduan” – Namewee Jawab Isu Filem BABI Yang Dikatakan Hina Melayu

Filembabi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini filem BABI menjadi kontroversi apabila ia dikatakan wujudnya perkauman sehinggakan mendorong wakil Penerangan Pemuda Perikatan Nasional (PN), Mohammad Azwan Azmi membuat laporan polis.


Baginya, pada paparan poster filem itu sendiri kita sudah jelas dengan perkataan berunsur hinaan, lapor Sinar Harian.

Disebabkan itu, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee tampil ‘buka mulut’ menjelaskan perkara sebenar terhadap maksud filem tersebut menerusti YouTube miliknya pada minggu lepas.

 

Saya ingin tekankan tentang perpaduan dan toleransi antara pelbagai kaum di Malaysia melalui filem ini.”

Namewee yang kini sedang berada di Taiwan menjelaskan bahawa, filem itu berdasarkan dari kisah benar, ia tentang rusuhan di sekolah yang melibatkkan sekumpulan pelajar samseng.

“Sebagai pengarah filem ini saya ingin menyampaikan mesej mengenai kepentingan perpaduan dan toleransi antara pelbagai kaum di Malaysia melalui filem ini dan boleh menjadi harmoni dan muhibah.”

Jadi mengenai dakwaan poster contengan tulisan yang dikatakan berunsurkan hinaan itu, Namewee menjelaskan bahawa tujuan filem ini adalah untuk menunjukkan kandungan filem tersebut.

Dinding Babai

Lihat dengan jelas, tulisan sensitif di dinding itu bukan sahaja “Melayu” tetapi ada juga “Cina b*bi”, “India kel*ng”

Biarpun kini berada di luar negara Namewee tahu berkenaan dengan berita kemarahan daripada Pemuda PN berkenaan dengan isu ini.

“Menuduh saya menghina orang melayu.”

Namewee memberikan beberapa contoh filem tempatan seperti KL Gangster 2, Hantu Bonceng, mesej yang cuba disampaikan bukanlah untuk mendorong jadi samseng dan mat rempit, jadi baginya poster itu hanya menjelaskan jalan cerita filem sama seperti filem BABI.

Jelas Namewee lagi, dia membikin filem ini bukanlah tiada langsung berniat nak menyatakkan rasa benci kepada orang Melayu.

Kalau saya betul-betul benci orang Melayu dan orang Islam kenapa saya perlu buang duit untuk melakukan perkara-perkara ini”

 

Tidak akan ditayangkan di Malaysia

Namawee

Kata Namewee lagi, dia tidak akan menghantar filem BABI ini ke Lembaga Penapisan Filem untuk ditayangkan di Malaysia.

“Filem BABI ini tidak akan ditayangkan di negara lain termasuklah di Malaysia, Netflix atau mana-mana online platform, hanya ditayangkan di Taiwan sahaja.”

Dalam pada itu, Namewee juga minta maaf kepada semua dan berharap agar rakyat Malaysia menyokong filem baru akan datang yang berjudul Nasi Lemak 1.0 yang akan ditayangkan tahun depan.

 

Video penuh

 

Baca : Terbaik! Finas Umum Pertandingkan Filem Roh Ke Oscar Tahun Depan

Roih

Sumber: YouTube
Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.