in

Terbaik! Finas Umum Pertandingkan Filem Roh Ke Oscar Tahun Depan

Cc 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Bila lah Malaysia nak menang Oscar” itulah harapan rakyat Malaysia yang mengimpikan karya filem tempatan diangkat di persada antarabangsa.


Selepas kejayaan filem Parasite dari Korea Selatan memenangi pelbagai anugerah di Oscar awal tahun lalu. Ia sedikit sebanyak memberi sinar kepada filem di Asia yang lain untuk menggondol trofi tersebut.

C3 2

 

Finas pilih filem Roh untuk Oscar 2021

Terbaru, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengumumkan filem Roh dipilih mewakili negara bagi penyertaan filem ke Academy Awards ke-93 atau Oscars pada April tahun depan.

Keputusan ini dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Filem, sebulat suara memilih filem Roh untuk ke anugerah berprestij itu selepas menerima penyertaan yang menggalakkan daripada syarikat produksi.

C2 2

 

Filem terbitan Kuman Pictures Sdn Bhd itu dicalonkan untuk kategori International Feature Film Award.

“Sejak tahun 2004, Finas mencalonkan satu karya filem tempatan untuk bertanding di Oscars dalam kategori berkenaan kerana setiap negara diminta untuk menghantar satu pencalonan filem tempatan yang terbaik untuk bertanding dalam kategori itu.”

C 2

 

Pemilihan secara menyeluruh

Finas juga memberitahu, pemilihan filem Roh ini meliputi pelbagai aspek penghasilkan filem serta ia dinilai oleh penggiat industri filem tempatan yang profesional dan berpengalaman.

“Pemilihan terbabit melalui proses penilaian terperinci berdasarkan kriteria perfileman seperti pengarahan, penceritaan, sinematografi, lakon layar, lakonan, adunan muzik, skor muzik, penataan seni dan suntingan filem serta pematuhan kepada peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh penganjur Oscars.”

C4

 

Filem Roh meruapakan karya sulung arahan Emir Ezwan yang hanya menampilkan enam pelakon iaitu Farah Ahmad, Mhia Farhana, Harith Haziq, Nam Ron, Junainah M Lojong dan Putri Syahadah Nurqaseh.

Filem ini ditangguhkan tayangannya akibat pandemik Covid-19. Namun ia berjaya lolos ke pawagam pada 6 Ogos lalu dan menjadi filem tempatan pertama yang ditayangkan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir, lapor Harian Metro.

 

Wah sama-sama kita doakan yang terbaik untuk kejayaan filem ni. Siapa tahu 2021 nanti kita boleh bawa balik trofi Oscar ni ke Malaysia. Riuh sekampung nanti!

Baca: “Ini untuk aksi lagak ngeri” – Produksi Filem James Bond Simbah 40 Ribu Liter Coke Untuk Elak Jalan Licin

C5

Sumber: Eater LA
Sumber: Wikipedia
Sumber: VaoNews

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.