Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai isu membabitkan pegawai polis dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ yang baru-baru ini didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menghalang tugas anggota polis di hadapan sebuah restoran.
Menerusi hantaran di IG Story, Iqbal berkata dia berasa bingung dengan persepsi terhadap pegawai itu kerana sepanjang tempoh mereka berkawan, Inspektor Sheila tidak pernah berkelakuan kasar dengannya.
Artikel berkaitan: “Banyak bersabar” – Iqbal Zulkefli Nasihat Aliff Syukri Tak Saman Bekas PA, Imbau Zaman Masa Dengan DSV
Artikel berkaitan: “Ambil gambar tanpa izin saya, hati-hati” – Inspektor Sheila Berang Dengan Jurugambar Semasa Di Mahkamah

“Saya selalu mesej beliau. Minggu lepas sebelum isu pun mesej, semalam pun mesej. Sepanjang menjadi teman, Inspektor Sheila sangat hormati dan punya adab dengan saya,” kongsi Iqbal.
Dalam pada itu, Iqbal turut menjelaskan bahawa video tular mengenai pegawai tersebut sebenarnya disalah tafsir oleh orang awam.

Tambah Iqbal, dia memahami jika ada pihak yang tidak bersetuju dengan tindakannya mempertahankan Inspektor Sheila, namun sebagai teman, dia tetap mendoakan yang terbaik buat pegawai berkenaan.
Untuk rekod, Inspektor Sheila telah digantung tugas sejak 23 Jun 2023 susulan beberapa kes termasuk menghina anggota polis dan mengugut seorang wanita warga emas.
Sumber: Murai
