in

“Dia tanya kawan saya nak tak…” – Caprice ‘Up’ Isu ‘Swinger’, Ada Netizen Dedah Artis Femes Pun Terlibat?

Caprice Dedah Isu Swinger

Mungkin tak ramai yang mengetahui mengenai aktiviti tak bermoral ini, namun ‘swinger‘ bermaksud perlakuan individu atau dua orang yang berpasangan bertukar-tukar pasangan dari segi seksual.

Perkara ini menjadi salah satu topik yang didedahkan Caprice semalam di Instagramnya yang mana menjadi perbincangan hangat apabila ada salah satu DM yang diterima mendedahkan seorang artis Malaysia terlibat dalam aktiviti ‘swinger’ ini.

Artikel berkaitan: “Apa beza dengan konsert Aina Abdul?” – Caprice Buka Mulut Isu Konsert Coldplay

Artikel berkaitan: Dapat Perintah Injuksi Interim, Caprice Mohon Maaf Terpaksa Padam Semua Video Berkaitan UEL & Mondy

Artist pun ada swing? 

Menurut perkongsian itu, salah satu DM yang diterima Caprice mendedahkan ada di kalangan artis terlibat dalam aktiviti ‘swinger’ ini dan memberi hint bahawa artis tersebut berkulit putih, mempunyai dua anak dan adik beradiknya juga agak terkenal orangnya.

Dia boleh tanya kawan saya nak tak threes*me dengan suami I, suami I suka dekat you. Bila kawan tu reject dia cakap hehehe I gurau je, padahal masa tu dia tengah pregnant 8 bulan,” dedah mesej itu.

Selain dari DM tersebut juga, ada yang memberitahu bahawa memang ada jenis suami yang suka ‘memberi’ isterinya kepada kawan sendiri dan sikap sebegini juga katanya hanya ‘terkantoi’ selepas berkahwin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Caprice juga pada masa yang sama memberitahu ramai di kalangan netizen meminta dia membongkarkan isu itu dan dia akan membuat sesi podcast mengenai hal ini pada minggu hadapan.

Artis pun ada yang swing?? Terlalu ramai dah DM Cap minta bongkarkan. InsyaAllah we interview people with real life experiences untuk podcast kami minggu depan.

“Dari pelacuran dekat Twitter to club swingers Melayu. Harap-harap pihak tertentu start ambil tindakan,” katanya.

“Rasa terbayang pulak artis yang mana 1” 

Perkongsian tersebut membuatkan rata-rata netizen tertanya-tanya siapakah artis berkenaan dan ada juga yang menyebut beberapa nama.

Pun begitu, realiti mengenai aktiviti tidak bermoral ini telah mendapat komen kecaman daripada netizen yang berharap mereka yang terlibat bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Swing Swing

Sumber: Instagram