in

“Saya dah tak larat nak berdiri dan bergelek lagi” – M Daud Kilau Putus Untuk Lupakan Dunia Hiburan

Feature Image M Daud Kilau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau sebut je lagu berjudul Cek Mek Molek, mesti dalam fikiran kita terus bayangkan penyanyi lagenda Datuk M Daud Kilau kan? Alah, yang kalau buat show mesti baju glitter tu.


Raja Gelek M Daud Kilau
Sumber: google

Terbaru, melalui perkongsian di laman Facebook oleh Perak Gazette mengatakan bahawa penyanyi veteran itu mengakui sudah sampai masanya untuk beliau melupakan dunia hiburan disebabkan masalah kesihatan yang dihidapinya.

Tambahnya lagi, penyanyi itu mengaku bahawa dirinya sudah tidak mampu untuk berdiri dalam tempoh yang lama apatah lagi untuk bergelek di atas pentas.

“Saya dah tak larat nak berdiri dan bergelek di atas pentas lagi. Tak boleh nak buat persembahan lagi,

“Saya menghidap sakit kencing manis, kebas kaki dan tangan serta pinggang yang rasanya sakit sangat.

“Sekarang saya membuat rawatan susulan dua atau tiga minggu sekali di klinik dan hospital.katanya.

76177630 141006990641768 1559779216776495104 N
Sumber: facebook

M Daud Kilau turut berkata beliau terpaksa menolak tawaran untuk membuat persembahan termasuk undangan daripada kumpulan Black Dog Bone untuk melakukan persembahan di Singapura.

Kumpulan itu turut menawarkan beliau untuk duduk sahaja di atas pentas, tetapi beliau tetap dengan keputusannya untuk menolak undangan tersebut.

Saya menolak untuk membuat persembahan kerana saya tak boleh berdiri lama, saya selalunya lincah di atas pentas.

“Kalau datang duduk saja (di atas pentas) tak elok. Tak kan nak tunjuk muka saja. Black Dog Bone kata datang saja, mereka buat persembahan dan saya duduk saja.

“Tak nak saya. Belum pernah saya buat macam tu, kecualilah saya tetamu jemputan yang hanya datang dan duduk saja.

“Mereka beri duit, tambang kapal terbang, hotel, tak kan saya datang nak duduk sahaja. Jadi saya minta maaf kepada mereka yang membuat tawaran, saya tak dapat memenuhi undangan mereka kerana masalah kesihatan yang saya alami,” katanya.

Rindukan peminat

Lumrah menjadi penghibur, mana mungkin tidak ada perasaan rindu untuk beraksi di atas pentas dan berjumpa dengan peminat? Sama lah seperti beliau yang mengaku kadang kala merindui para peminatnya.

“Kalau rindukan peminat, saya tatap koleksi baju labuci yang masih saya simpan dengan rapi,” katanya.

77108675 141007047308429 5472352552072773632 N
Sumber: facebook

Bagaimanapun penyanyi veteran ini tetap mengharapkan para peminat dan orang ramai untuk mendoakan kesihatan dan kesejahteraanya.

“Saya berharap peminat mendoakan kesihatan saya,

“Saya hanya mahu menghabiskan sisa hidup ini, berapa lama lagi Allah bagi saya.

“Saya bersyukur sampai sekarang Allah memberi nafas kepada saya,” katanya.

Admin harap Datuk M Daud Kilau diberikan kesihatan serta umur yang berpanjangan.

 

Baca: “Saya kecewa dan hampa dengan kenyataan tentera” – Masih Keliru Atas Punca Kematian Anak, AR Badul Mahu Inkues Mejar Zahir

Majer

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.