in

“Saya kecewa dan hampa dengan kenyataan tentera” – Masih Keliru Atas Punca Kematian Anak, AR Badul Mahu Inkues Mejar Zahir

Inkues Mejar Zahir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sungguhpun Tentera Darat Malaysia (TDM) semalam telah mengesahkan insiden kematian pegawai komando, Mejar Mohd Zahir Armaya sebagai satu kemalangan dalam latihan, nampaknya bapa kepada arwah tidak begitu bersetuju dengan kenyataan tersebut.


Menurut Utusan Online, pelakon serta pelawak veteran, AR Badul mahu inkues diadakan untuk cari punca kematian anaknya yang dilaporkan tertembak ketika gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia.

Jenazah Mejar Zahir Armaya Ar Badul
sumber: blog

 

“Kalau boleh kami nak macam Adib” – AR Badul 

AR Badul atau nama penuhnya, Armaya Aman Ramlie, 70, berkata, semua ahli keluarga tak berpuas hati dengan kronologi sebenar kematian anaknya itu.

295480
sumber: the star

“Kalau boleh, (kami) nak macam Adib. 

“Saya rasa kecewa dan hampa dengan kenyataan tentera (Tentera Darat Malaysia). Kami (keluarga) tidak pernah diberitahu secara khusus apa kronologi sebenarnya kematian anak saya. Kami terkilan sebab tidak diberi penerangan lanjut.

“Punca kematian tidak diberitahu cuma dikatakan meninggal dunia sebab tertembak. Tertembak di mana, kita tak tahu… tiada khususnya. Bedah siasat ada dibuat tapi tidak diterangkan. Katanya mati di hospital… kalau mati di situ (lokasi kejadian) pun kita tak tahu,” katanya lagi.

 

“Bagaimana dia kena tembak? Adakah sebab peluru tersasar? Anak saya berdiri tak betul ke?” 

Malah kata AR Badul lagi, inkues ni juga boleh memberi jawapan kepada segala persoalan berkaitan punca sebenar kematian anaknya yang sering ditimbulkan dalam kalangan keluarga dan orang awam yang turut nak tahu tentang insiden berkenaan.

Saya minta penerangan (mengenai kronologi kematian) yang jelas. Bagaimana dia kena tembak? Adakah sebab peluru tersasar? Sebab anak saya berdiri tak betul ke? Atau penembak tak konsisten tertembak? Kronologi itu yang kita mahu tahu,” kata AR Badul.

Mohd Zahir Armaya Fb 040919 1
sumber: fmt

Mejar Mohd Zahir Armaya, 36, merupakan pegawai komando dari 11 Grup Gerak Khas (11 GHK) itu dilaporkan meninggal dunia pada jam 9.20 pagi di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu lepas di masukkan ke Unit Kecemasan pada 4 September lepas.

Allahyarham telah bertugas di Kem Sungai Udang, Melaka dan berasal dari Kuala Lumpur ini merupakan bapa kepada 5 orang anak berusia antara 5 bulan ke 9 tahun.

Semoga persoalan bapa arwah terjawab nanti. Al fatihah. 

Baca: “Kenapa org tu tembak papa?”- Soalan Anak Sulung Arwah Mejar Zahir Saat Lihat Jenazah Bapa Buat Netizen Sebak

Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.