in

“Saya dah sedia nak buka silat”- Rupanya Ada Kisah Disebalik Selfie TokTi Dengan Lee Min Ho

Ft Tokti Lmh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sabtu lepas, telah berlangsungnya Konsert Cuckoo 2022 di Axia Arena, Bukit Jalil, yang menampilkan barisan penyanyi terkemuka di Malaysia, namun apa yang istimewa pada konsert ini adalah penampilan khas pelakon terkenal dari Korea Selatan, Lee Min Ho selaku duta untuk jenama produk penapis air dan udara itu.


Untuk pengetahuan, biasanya jika ada undangan daripada golongan artis terkemuka dari luar negara, pasti akan ada garis panduan seperti tidak boleh selfie sesuka hati. Jika anda imbau balik kenangan pada 2016 lepas, telefon bimbit Ayda Jebat pernah dirampas oleh pengawal kerana cuba selfie dengan bintang Running Man, Lee Kwang Soo kerana cuba berselfie.

Tapi bagi peminat, agak mustahil kalau nak lakukan perkara sama kepada TokTi ketika ingin cuba selfie dengan Lee Min Ho.

 

“Saya dah sedia nak buka silat”

Viral foto gandingan penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Nurhaliza atau lebih mesra dengan glearan TokTi ini dengan Lee Min Ho.

Mesti kita akan fikir, alaa TokTi kot memang layak lah dia nak selfie dengan Lee Min Ho, tapi sebenarnya TokTi pun juga tak terlepas daripada garis panduan itu tau!

Dalam perkongsian video di Instagram, TokTi menceritakan sebenarnya beliau gamble je nak selfie sebab ini lah peluang keemasan yang beliau ada.

“Kisahnya memang di luar pentas, kawalan sangat ketat untuk artis antarabangsa seperti @actorleeminho . Kena ikut setiap perancangan yang telah ditetapkan oleh pengurusan LMH ye dan tak boleh ambil gambar selain menggunakan fotografer official, tapi bila diatas pentas saya taknak lepaskan peluang keemasan ye..berbekalkan keberanian dan hp ditangan, saya tanya Mr KC Hoe .. Boleh ke selfie ni? Nanti kena rampas pula handphone saya.. ( takutla bodyguard tak bagi tau!) .. Mr KC pun kata pergi ambil saja… hahahaha”

Kata TokTi lagi, Lee Min Ho begitu humble ketika menerima pelawaan TokTi untuk berselfie, dan dengan pantasnya TokTi capai telefon dan ambil gambar, kata TokTi lagi, dia bersedia nak bergelut dengan bodyguard jika ada antara mereka cuba nak rampas telefonnya, namun nasib baik tak ada.

“Apalagi peluang keemasan depan mata.. terus saya bagi hint kat Mr KCHoe, sambil senyum kat LMH ajak selfie.. Sekali dia setujula.. terus jari saya sepantas kilat tekan tak berhenti snap! Snap! Snap!hahaha… Oklaa bodyguard tak naik pentas.. Yess!! Misi berjaya.”

View this post on Instagram

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berpihak kepada TokTi, bagi mereka jika bodyguard cuba bertindak luar kawalan, ramai penonton dan peminat akan berpihak kepada TokTi.

Screenshot 2022 10 03 121220 Screenshot 2022 10 03 121240

Min pun dapat imagine macam mana insiden kalau phone TokTi kena rampas, habis semua orang boo.

Baca :Penjual ‘Nasi Kuning’ Mirip Oppa Lee Min Ho Buat Ramai Gadis Tak Keruan

Cover 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.