Memori indah memang tak ternilai, jadi itu sebablah wanita yang dikenali sebagai Phoebe Wong ini tak kisah untuk laburkan wang tunai untuk individu yang telah mencuri telefon bimbitnya.
iPhone 11 hilang, tuan badan offer iPhone 13 dekat pencuri
Dia memakai telefon jenis iPhone 11 Pro Max berwarna emas, apa yang membuatkan dia begitu sedih dan terkilan adalah, terdapat video kenangan terakhir daripada atuknya yang menyebut ‘ Love You’ namun tak sempat untuk buat backup.
Terlalu sedih, wanita ini ada muat naik satu tweet yang menarik perhatian netizen sehingga meraih lebih daripada 4,000 jumlah retweets sejak semalam ia dikongsikan, ini kerana Phoebe sanggup tawar iPhone 13 kepada si pencuri itu.
https://twitter.com/phoebewong1108/status/1462565225874477057?s=20
Katanya lagi, nilai telefon itu bukanlah hal utama tetapi kandungan di dalam telefon itu. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang faham situasi wanita ini kerana ada antara mereka yang baru sahaja kehilangan datuknya.
Harap dapat jumpa phone awak balik – Netizen
Selain daripada ada yang marah dengan perangai pencuri yang dianggap tak ada hati perut dan ada juga yang mengutuk tindakan pencuri yang tidak tahu bahawa iPhone memiliki satu fungsi yang membataskan pencuri untuk gunakannya.
Baca : Apple Bakal Jual Alat Ganti iPhone, Boleh Baiki Sendiri Dirumah