in

“Saya bukan nak tunjuk samseng” – Lan Pet Pet Perjelas Punca Pergaduhan Dengan Rider Hingga Viral

Lan Tak Boleh Kena Provok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lalu, viral di media sosial pelawak ahli kumpulan Senario, Lan Pet Pet telah dirakam terlibat dalam satu pergaduhan dengan seorang rider di tengah jalan.


Berdasarkan video tersebut, Lan dilihat telah memukul lelaki berkenaan di kepala dan merangkul leher lelaki itu sehingga dia terpaksa ditahan orang ramai untuk meleraikan pergaduhan tersebut.

Walau bagaimanapun, Lan kemudian dikhabarkan telah membuat laporan polis berkenaan insiden itu semalam. Namun bagi pihak rider tersebut, masih tiada laporan polis yang dilakukan berkaitan isu terbabit.

 

“Lain pula jadinya apabila saya kena maki dan menerima provokasi” 

Menurut Harian Metro, Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 52, memberitahu punca semua ini berlaku adalah kerana tegurannya kepada rider berkenaan yang menggunakan telefon bimbit ketika menunggang motosikal.

Sebelum kejadian itu berlaku, dia yang memandu di Jalan Ampang, ternampak penghantar makanan berkenaan menggunakan telefon bimbit dengan kedudukan motosikal di tengah jalan.

Teva Prestigesports Sdn Bhd 1555339746

Memikirkan perbuatan itu boleh datangkan bahaya, Lan menghampiri dan menegurnya.

Saya menegurnya. Tindakannya (menggunakan telefon bimbit ketika menunggang motosikal) amat berbahaya. Bukan saja boleh mengancam nyawanya, malah pengguna jalan raya lain.

“Bagaimanapun, lain pula jadinya apabila saya kena maki dan menerima provokasi. Saya juga manusia biasa, kesabaran ada batasan. Takkan saya mahu membiarkan saja apabila diserang.

“Tindakan saya hanya untuk mempertahankan diri, bukan tunjuk samseng. Kami hanya bergaduh dalam beberapa saat saja,” jelasnya.

Lan 1

Dalam pada itu, Lan juga memberitahu yang dia telah membuat laporan polis terhadap seorang wanita di dalam kereta yang telah merakam dan menyebarkan perbuatannya itu ke media sosial.

“Saya kesal dengan tindakan wanita ini, dia hanya melihat kejadian depan mata tanpa mengetahui punca kejadian sebenar. Saya diberitahu wanita ini mula menyebarkan video menerusi aplikasi WhatsApp hingga tular.

“Dia tidak sepatutnya membuka aib orang sesuka hati. Tindakannya menyebarkan video ini boleh menimbulkan fitnah,” katanya.

Lan akan bersemuka dengan penghantar makanan itu di balai untuk menyelesaikan isu yang tercetus dan dia juga tidak mahu perkara ini berpanjangan memandangkan Aidilfitri pun bakal tiba tidak lama lagi.

Harap isu mereka ini dah selesailah kan. Hari baik bulan baik, kita bermaaf-maafan. 

Baca: “Hang tau dak aku sapaa?!!!” – [VIDEO] Lan Pet Pet Buat Hal Lagi, Kali Ini ‘Ganyang’  Abang ‘Rider’ di Tengah Jalan

Mazlan

Sumber: BH
Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.