in

“Hang tau dak aku sapaa?!!!” – [VIDEO] Lan Pet Pet Buat Hal Lagi, Kali Ini ‘Ganyang’ Abang ‘Rider’ di Tengah Jalan

Ft Lanpetpet

Pelawak Lan Pet Pet sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas sebuah video menunjukkannya terlibat dalam satu pergaduhan tular di media sosial. Berdasarkan video berdurasi 23 saat dirakam pengguna jalan raya itu, dia dilihat memukul seorang lelaki dieprcayai penghantar makanan.

Lan dilihat merangkul leher lelaki berkenaan dan memukul kepalanya sementara beberapa lelaki cuba menahannya daripada terus memukul dan meleraikan pergaduhan yang terjadi itu.

Menurut Harian Metro, dia turut didengari berkata,

Hang duduk Tropicana nak tunjuk samseng kat aku. Hang tau dak aku sapa?”

Meskipun kini video itu telah tular di Twitter dan Facebook, tidak dapat dipastikan dimanakah lokasi dan bila kejadian itu berlaku namun ramai netizen yang mengecamnya kerana sebelum ini pernah terlibat dengan pergaduhan dan mengasari orang lain.

Pada April 2019, Lan telah mengasari seorang pengawal keselamatan di sebuah pondok pengawal dekat Nilai, Negeri Sembilan. Lan dikatakan telah menumbuknya di bahagian muka sebanyak tiga kali dan  menendang mangsa yang juga merupakan warga emas itu hanya kerana ditegur tidak membuat catitan dalam buku pelawat sebelum masuk kawasan itu.

Lan1

Disebabkan kejadian itu, pihak polis telah menahan Lan sebelum kemudian membebaskannya dengan jaminan polis. Lan dilaporkan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan dan didenda sebanyak RM2,000.

Baca: “Hikmahnya Pak Ya dan isteri ditaja ke Makkah oleh Lan” – Lan Pet Pet dan Pak Ya Akhirnya Bermaaf-Maafan

Maaf Lan Ya