in

“Saya beri jaminan tidak akan menyebelahi anak” – Dai’ Syed Dituduh Rogol Gadis, Bapa Mahu Mangsa Buat Laporan Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kecoh di media sosial selepas seorang netizen katanya ‘spill the tea’ mengenai pendakwah bebas, Dai’ Syed yang dikatakan telah merogol seorang gadis.


Susulan berita tersebut, bekas peserta program Dai’ Pendakwah Nusantara ini telah membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Twitter yang telah menjatuhkan maruahnya dengan tuduhan tidak berasas tersebut, lapor Malaysiakini.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor, selepas pemilik akaun mendakwa rakannya mengalami trauma akibat menjadi mangsa rogol pendakwah terbabit.

Kesal dengan tuduhan itu, Dai’ Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail berkata, laporan polis tersebut dibuat untuk membersihkan namanya selain melindungi dirinya daripada tuduhan tak berasas tersebut.

“Tuduhan itu terlalu berat dan menjatuhkan maruah serta reputasi saya. Saya terkejut dengan tuduhan itu dan menyifatkan ia sebagai fitnah paling buruk yang pernah saya hadapi selama menjadi pendakwah.

“Saya memandang serius perkara ini dan berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan lanjut kerana dakwaan itu mencemarkan nama baik saya,” katanya.

 

“Hari ini bertalu-talu mesej masuk ke inbox saya beserta SS yang dah viral…” 

Walau bagaimanapun, berita mengenai Dai’ Syed ini akhirnya sampai ke pengetahuan bapanya, Seif Jamalullail yang seterusnya memuat naik sebuah posting mengenai hal tersebut.

Menurut Seif Jamalullail, dia mengaku yang Dai’ Syed yang diperkatakan netizen merupakan anaknya dan dia telah menerima pelbagai screenshot mengenai hal tersebut di ruang mesej.

Menjawab pertanyaan netizen yang bertubi-tubi mengenai hal tersebut, Seif berkata, dia telah menegur serta memberi nasihat kepada anaknya beberapa kali namun perkara tersebut telah diabaikan selama dua tahun tanpa sebarang balasan daripada anaknya.

Malah kata bapanya lagi, isu viral ini sebenarnya sudah lama dan perkara ini juga telah menyebabkan adik-adik Dai’ Syed berasa tertekan dengan pelbagai soalan yang mereka terima dari rakan-rakan di sekolah.

Bagi mereka yang menghubungi untuk mengadu kepada saya (yang mengaku mangsa), pergilah lapor kepada pihak berkuasa untuk disiasat dan diambil tindakan sewajarnya.

“Saya beri jaminan, saya tidak akan sama sekali mempertahankan atau menyebelahi anak saya, sekiranya dia memang melakukan kesalahan tersebut,” katanya.

Assalamualaikum wbt..Firman Allah " Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai Fitnah/cobaan…

Posted by Seif Jamalullail on Tuesday, November 24, 2020

Hmm min pun tak tahulah nak komen apa. Tapi kalau betul ada gadis yang menjadi mangsa dalam isu ini, lebih baik buat laporan polis daripada spill the tea di Twitter, kan? 

Baca:: “Lepas tu bawa jalan bandar Seremban” – Baru Seminggu Berkenalan, Pelajar Tingkatan 3 Dirogol Lelaki Dikenali Melalui Facebook

Sumber: Instagram
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.