Viral di media sosial satu video menunjukkan pelancong di Bali kantoi mencuri barangan hotel. Menurut Awani, kegiatan mencuri itu dilakukan sebuah keluarga dari India di mana mereka didapati telah menyimpan kesemua barangan yang dicuri dalam bagasi.
Kegiatan mereka berjaya dihidu pihak hotel dan terbongkar sewaktu keluarga tu nak tinggalkan hotel selepas selesai urusan daftar keluar. Pada mulanya, mereka tidak mengaku dan mengherdik pihak pengurusan hotel dan pegawai keselamatan yang minta untuk periksa bagasi.
Tindakan pihak pengurusan yang tetap berkeras berjaya membuat keluarga itu kantoi mencuri beberapa barangan hotel dari bilik yang mereka diami.
Ketika bagasi dibuka, pihak pengurusan menjumpai cermin muka, penyangkut baju, alat pengering rambut, bekas pasu rotan, pembesar suara, tuala dan botol besar barangan penjagaan tubuh.
Bila mereka dah tak ada pilihan dan pihak pengurusan beritahu nak bawa ke pihak polis, salah seorang ahli keluarga berkenaan terus cakap mereka akan bayar harga semua barang yang dicuri.
Saya akan bayar, saya akan bayar lebih.”
Pihak pengurusan sebaliknya tidak mahu terima duit kerana kesalahan yang mereka lakukan dan tetap berkeras untuk bawa kes itu kepada pihak polis.
Ini bukan lawak. Kamu sudah membuat kesalahan. Saya tahu kamu banyak duit tetapi ini menunjukkan anda tidak punya rasa hormat.”
Menurut Pegawai Perhubungan Awam Balai Polis Gianyar, Iptu I Ketut Suarnatha, melaporkan, kes tersebut sudah diselesaikan berdasarkan budi bicara pihak hotel.
Bagaimanapun, video tersebut sudah tular di media sosial Indonesia dan meraih perhatian mereka yang mengecam perbuatan seluruh keluarga itu. Ramai juga yang mengutuk sebab keluarga tu herdik pihak pengurusan dan pengawal keselamatan padahal dah tau memang salah.
Tonton video di bawah:
Nak bawa balik bekas sabun atau syampu yang kecik tu takpelah kan. Ini sampai hair dryer pun kau rembat!
Baca: “Minta maaf itu mudah!” – Tentera Kantoi Curi Tabung Masjid, Dimalukan Depan Ramai Orang