in

“Satu flight semua rapat-rapat??” – Syarikat Penerbangan Abaikan Arahan Kerajaan, Bawa Penumpang Takde Penjarakan Sosial

Combine Flight

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebanyakan kerajaan di seluruh dunia sedang membuat inisiatif untuk mengurangkan penyebaran wabak Covid-19. Selain memakai face mask dan penggunaan hand sanitiser, penjarakan sosial juga merupakan salah satu cara untuk mengelak daripada virus ini berjangkit.


Namun, viral Twitter dua gambar yang menunjukkan sebuah penerbangan antarabangsa iaitu Aer Lingus membawa penumpang daripada Belfast ke Heahtrow, London tidak mengamalkan penjarakan sosial seperti yang diarahkan oleh kerajaan, lapor The Sun.

Flight1

Menurut laporan, sekitar 95% tempat duduk dipenuhi oleh penumpang tanpa penjarakan sosial.

Flight 2

Oleh hal yang demikian, pihak Aer Lingus berjanji untuk melakukan siasatan berikutan gambar dalam flight yang sesak itu.

Aer Lingus juga dalam sedang menilai proses dan prosedur untuk operasi perkhidmatan mereka.

Bagi syarikat penerbangan ini juga, keselamatan dan kesihatan penumpang menjadi keutamaan buat mereka.

Baca : “Dah boleh agak nama kluster baru nanti” – MENGEJUTKAN! Terkini Keadaan Di Kenanga Wholesale City, 4 Mei!

4 Mei

 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.