in

Budaya ‘Spot Check’ Di Hotel, Ada Warganet Minta Jangan Dibuat Di Sarawak?

Cover 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Amalan spot check atau menyerbu hotel bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Difahamkan, ia bertujuan untuk memantau dan memberi kesedaran kepada umat Islam tentang kesalahan Jenayah Syariah yang patut dihindari demi kesejahteraan masyarakat Islam.

Baru-baru ini, PDRM Bintulu ada memuat naik satu hantaran pihaknya membuat satu operasi memantau premis hotel dan nombor ramalan di sekitar Bandar Bintulu. Operasi ini adalah hasil kolaborasi bersama JAIS Bintulu.


Bagaimanapun, perkongsian tersebut mendapat reaksi kurang senang beberapa warganet yang berpendapat ini adalah kali pertama dia melihat amalan menyerbu hotel dilakukan di Sarawak.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=250947237191155&id=100068276421296

Jangan bawa budaya Semenanjung ke Sarawak

Jelas individu itu, budaya ini adalah budaya Semenanjung Malaysia dan tidak sepatutnya dibawa ke Sarawak. Dia turut berpendapat usaha ini tidak akan menghentikan atau mengurangkan pelakuan seperti zina dan meminum arak.

Sebaliknya, dia berpendapat budaya menyerbu hotel ini sebaliknya akan membuatkan orang awam lebih licik dan bijak dalam memilih hotel.

Whatsapp Image 2022 02 12 At 3

Alternatif tunjuk sijil nikah

Sambung individu ini, pihak berkuasa boleh menggunakan alternatif lain jika mahu mencegah pasangan yang belum bernikah daripada melakukan hubungan seksual di hotel.

Jelasnya, pihak berkuasa boleh menetapkan peraturan pelanggan perlu menunjukkan sijil nikah sebelum membuat tempahan di mana-mana hotel yang dikehendaki.

Warganet turut bersetuju

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat individu tersebut berkenaan amalan menyerbu bilik hotel. Jelas mereka, pihak hotel sepatutnya memeriksa sijil nikah dahulu jika mahu mencegah masalah ini.

Ada juga warganet yang berkongsikan pengalaman mereka diserbu oleh pihak berkuasa ketika menetap di hotel meskipun ia adalah atas urusan kerja.

Cc

Apa pendapat anda tentang isu ini? Patutkah amalan menyerbu bilik hotel patut dihentikan?

BACA: Jangan tutup rezeki orang”, Ada Netizen Dakwa Guna Serbuk Coklat Ganti Milo Adalah Normal?

Cover 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.