in

“Sampai tua murid ingat” – [VIDEO] Ramai Tersentuh Tengok Adele Menangis Dapat Kejutan Dari Cikgu ‘English’

Collage 46

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai yang menjadikan penyanyi popular Adele sebagai idola mereka, tapi seperti orang lain, Adele juga ada orang yang dia anggap sebagai idola dan menjadi inpirasi kepada kejayaannya sekarang ini.


Baru-baru ini, satu klip konsert “An Audience with Adele“, telah tular di media sosial yang membuatkan bukan sahaja Adele, malah peminatnya menangis terharu.

Screenshot 2021 11 23 At 1.27.28 Pm

Video tular ini bermula apabila penyanyi ini menjawab pertanyaan dari pelakon Hollywood Emma Thompson tentang orang yang telah menyokong Adele dan memberinya inspirasi daripada ujian dan dugaan hidup yang dihadapinya.

Menjawab persoalan Emma, Adele telah memberitahu tentang impak yang diberikan oleh guru Bahasa Inggerisnya ketika dia berusia 12 tahun.

Saya ada seorang cikgu mengajar Bahasa Inggeris di Chesnut Grove. Miss McDonald… Dia betul-betul buat saya minat dengan sastera Inggeris dan saya memang obses dengan Bahasa Inggeris dan sekarang saya tulis lirik.

Dia seorang yang sangat cool dan menarik. Dia buat kami ambil berat dan kami tahu dia pun ambil berat tentang kami.”

Emma Thompson kemudiannya mendedahkan yang gurunya yang Adele tak pernah jumpa hampir 20 tahun ada bersama-sama mereka di situ.

Adele yang terkejut dengan kejutan itu telah memeluk gurunya selepas Miss McDonald di bawa ke atas pentas.

Ketika berada di atas pentas, cikgunya ini memberitahu yang dia bangga dengan kejayaan Adele dan penyanyi ini turut memberitahu yang hidupnya berubah kerana gurunya itu.

Awak betul-betul ubah hidup saya.”

Selain itu, Adele yang turut menangis bila dipertemukan itu turut memberitahu yang wajah gurunya itu tetap sama dan tak berubah sejak dulu lagi.

Menerusi Twitter pula, Adele turut kongsikan keterujaannya mengenai pertemuan antara dirinya dan Miss McDonald.

Netizen yang menonton video ini turut kongsikan rasa sebak mereka dengan reunion di antara Adele dan cikgunya itu.

Screenshot 2021 11 23 At 1.19.28 Pm Down

Bagus Adele ni, dah famous and berjaya pun tak lupa jasa cikgu dia. So sweet!

 

Baca: “Cantik lagi dia dulu” – Adele Pakai Dress Ketat Nak ‘Show Off’ Pinggang Kerengga Tapi Netizen Tak Suka

Screenshot 2021 11 23 At 1.29.39 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.