in

“Sampai meninggal dia tak jual” – Ramai Tak Tahu Pasal ‘Rumah Degil’ Dekat Jalan Chow Kit. Ini Kisah Di Sebaliknya…

Rumah Degil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah dengar pasal Rumah Degil?


Ini kisah daripada seorang individu mengenai cerita tentang sebuah rumah pusaka terletak di Chow Kit yang popular dengan gelaran ‘Rumah Degil’.

 

Berdiri sejak 1926

Menurut Cari, rumah itu telah dibina sekitar tahun 1926 di sebuah kawasan yang lapang. Rumah itu didiami oleh seorang nenek bernama Norma Manjawali sejak dilahirkan pada tahun 1932.

Rumah4 1

Rumah
sumber: cari

 

Banyak versi cerita, nenek Norma ‘degil’

Katanya, banyak sangat versi cerita pasal ‘rumah degil’ ni mengapa rumah itu dipanggil sebegitu adalah kerana nenek Norma yang ‘degil’ dan tidak mahu menjual rumahnya kepada pihak pemaju suatu ketika itu.

Sehinggakan naik bangunan-bangunan tinggi disekelilingnya dan hanya rumah dia sahaja yang masih kayu dan utuh.”

Rumah1 1
sumber: facebook

Rumah2 1

Rumah3 1
sumber: cari

 

Pemaju tetap berusaha, tapi gagal

Macam-macam usaha dilakukan pihak pemaju memandangkan hanya rumah itu yang berdiri di celah bangunan lain.

Namun, usaha mereka gagal untuk memujuk nenek Norma supaya menjual rumahnya. Sehinggalah nenek Norma dilaporkan meninggal dunia dan pada tahun 2013 rumah tersebut terpaksa dilepaskan.

Rumah5 1

Rumah6 1
sumber: cari

 

Struktur asli dipindahkan ke Balai Seni Negara

Ramai orang yang mungkin tidak tahu, struktur asli rumah itu telah dipindahkan ke Balai Seni Negara terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur kini untuk menjadi tatapan umum sejarah tentang Rumah Degil ini.”

Rumah7 1
sumber: facebook

Untuk pengetahuan kalian, walaupun tanah itu telah dijual kepada pemaju, namun Datuk Seri Nazri Aziz yang ketika itu memegang jawatan Menteri Pelancongan telah mengambil inisiatif untuk membeli rangka rumah tersebut dan diletakkan di Balai Seni Negara di Jalan Tun Razak.”

Al Fatihah untuk Nenek Norma…

Baca: Rumah Agam 99 Pintu: Mati Ditembak di Tangga, Kisah Misteri Selubungi Kematian Keluarga Ramsden di Ladang Getah Nibong Tebal

99 Pintu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.