in

“Saya bukan penjenayah” – Ali Puteh Kesal Tak Ada Tawaran ‘Job’ Untuk Lunaskan RM60K

Ft Ali Putih Tak Dapat Job

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelawak Ali Puteh akui bahawa dirinya mempunyai kekangan untuk membayar jumlah sebesar RM 60,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah. Ini kerana, dia sudah lama tidak menerima tawaran kerja seni.

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan memberitahu Harian Metro bahawa dia akan gunakan segala platform miliknya bagi menjelaskan bayaran tersebut secara pukal.


 

Dah 6 bulan tak dapat job

Screenshot 2023 03 29 122002

Dalam pada itu, Ali juga menzahirkan rasa kesal kerana tidak mendapat tawaran itu sambil menyatakan bahawa dirinya kini sedang berniaga di media sosial.

“Memang tawaran saya tidak seperti sebelum arwah Abam meninggal dunia, rasanya sudah lebih kurang enam bulan saya tiada ‘job’. Sekarang saya berniaga di media sosial. Saya gunakan platform apa yang ada untuk cari duit.”

“Jadi saya gunakan apa yang saya ada untuk selesaikan bayaran balu Abam. Saya kesal sebab saya bukan penjenayah, di mana saya digari dan dimasukkan dalam penjara, sebaliknya ini hanyalah urusan keluarga tidak membabitkan jenayah, jadi saya pelik sampai begini kerjaya saya terganggu.”

Anggap perkara ini tidak adil, Ali mengharapkan agar isu ini tidak lagi dipanjangkan setelah bayaran sudah selesai.

 

Respon pasal isu rumah boleh disita

Screenshot 2023 03 29 122033

Ambil cakna berkenaan dengan ulasan daripada peguam yang tular sebelum ini berkenaan isu rumah pusaka arwah ibunya itu, Ali mengatakan dia enggan memanjangkan isu urusan ini.

“Ada perselisihan faham mengenai rumah itu yang merupakan pusaka arwah emak saya. Banyak pula peguam bersuara dan saya juga sudah hubungi peguam balu Abam dan mereka minta saya jawab di mahkamah. Tapi saya malas nak teruskan hal ini di mahkamah lagi.”

Dalam pada itu, Ali juga telah berbincang dengan ahli keluarganya berkenaan dengan sitaan itu, Ali mengatakan mereka sekeluarga akan menyediakan bayaran.

Screenshot 2023 03 29 122131

“Jadi kami tolak tepi perkara itu sebab mereka tak tahu apa jadi dengan keluarga kami. Dan selepas berbincang dengan kakak dan adik saya susulan rumah itu disita, kami akan sediakan bayaran saman untuk rumah itu secepat mungkin. Insya-Allah rumah itu akan selamat.”

 Walau bagaimanapun, Ali juga luah rasa buntu kerana bukan hartanya yang disita tetapi harta arwah emaknya pula.

“Kalau selepas kami bayar pun dia mahu ambil rumah arwah emak saya itu, tidak tahulah. Kita sudah bayar, dia nak apa lagi? Sedangkan dia minta kami bayar sebab kami tak bayar saman lagi dan sebab itu ia disita. Tapi kami pelik bukannya sita harta saya sebaliknya harta arwah emak saya.”

Mudah-mudahan Ramadan kali ini ada lah petunjuknya, harap isu ini tak dipanjangkan lagi sebab dah makan tahun dah.

Baca : Peguam Perjelas Sebab Rumah Arwah Ibu Ali Puteh Bakal Disita Lepas Gagal Lunas Ganti Rugi RM60K

Reina Lum Explain Kes Rumah Sita Ali Puteh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.